Khamis, 15 Mei 2014

karya "Ku Pegang Benderamu, Palestin"

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

memandangkan sambutan Hari Nakba hampir tiba, entri kali ini berkaitan denganya. Hari Nakba merupakan salah satu hari terpenting buat masyarakat yang ada di bumi palestin. berkaitan dengan itu, entri kali ini berkatian dengan sebuah karya yang dihasilkan awal tahun ini yang bertajuk "ku pegang benderamu, Palestin"

Karya ini dibuat pada tahun 2014, bertemakan negara palestin, dimana kelihatan 2 orang pemuda memegang  bendera palestin di tengah kota. aliran yang dipegang oleh karya ini ialah aliran impressionisme. aliran ini mula dikembangkan oleh Claude Monet.  beliau seorang tokoh barat yang terkenal dengan karya impressionisme.

ini merupakan kali pertama saya mendalami aliran ini. walaupun aliran ini merupakan aliran yang baru saya terokai, namun saya tetap mencubanya untuk menghasilkan karya konsep palestin ini.


Tajuk : Ku Pegang Benderamu, Palestin
Pengkarya : Mohd Hafiz Qayyum bin Ahmad
Tahun : 2014
Aliran : Impressionisme
Media : Cat Minyak

entri kali ni juga akan menceritakan serba sedikit proses karya ni..:-)

Macam biasa, pemidang dan kain perlu disediakan... :-)


Lakaran kasar dibuat..

calitan pertama, calitan warna gelap bewarna hitam dan coklat..

mewarnakan latar belakang dengan warna biru muda..peringkat permulaan



calitan warna dibuat pada keseluruhan karya..agar aliran impressionsme terserlah.



Siap!! :-D



Sekian untuk entri kali ni...:-)





Popular Posts