Rabu, 30 April 2014

Karya "Seksanya Bumi Palestin"

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

pada tahun-tahun sebelum ini, beberapa karya yang saya hasilkan dengan bertemakan palestin. karya pertama pada tahun 2012, yang bertajuk "FREE Palestine" telah saya muatkan didalam ruangan blog ini. begitu juga tahun berikutnya, terdapat beberapa karya telah dihasilkan dengan jayanya, Alhamdullilah dengan izinNya.

Pada tahun ini, Alhamdullilah karya "Siksanya Bumi Palestin" terhasil dengan jayanya. karya ini dihasilkan pada awal tahun (Febuari-April) ini. karya ini dihasilkan semasa sesi amali Pendidikan Seni Visual PISMP. 

Pada mulanya, soalan amali kami meminta kami menghasilkan karya seni moden dan kotemporari. selain itu, tema itu juga perlu mempunyai seni releif.

SENI MODEN + SENI KOTEMPORARI + SENI RELIF

 Gabungan tiga elemen ini bukan mudah. pencarian ilham memerlukan masa kira-kira 2-3 minggu. saya memilih tema Palestin kerana ingin memberikan gambaran kepada orang luar tentang apa yang dialami oleh negara itu. mungkin minat yang mendalam mengenai tajuk ini membuatkan saya lebih teruja untuk bekarya dengan mengunakan satu tema yang memang menjadi perhatian dunia ketika ini.

Pengkarya : Mohd Hafiz Qayyum Ahmad
Tajuk : Seksanya Bumi Palestin
Aliran : Seni Moden relif
Tahun : 2014


Hampir 1 bulan, karya ini berjaya dihasilkan. karya ini menggunakan banyak alat dan bahan, dan telah menelan kos hampir rm400 . begitu juga teknik. proses??? mari kita sama-sama lihat.....

mula-mula~~

buat pemidang serta latar belakang pun satu hal, perlu memotong, menggergaji, memaku dan macam-macam lagi..



Setelah lakaran dibuat, palitkan pelaka puth dengan tekture yang menarik, macam dalam gambar ni.. palitkan secara bebas..memang sebotol pelaka juga la habis lepas dipalit ni..hilang rm15..:-(
..takpe, for palestin!! 

yang hitam tu, itu akan jadi kepala manusia, saya guna bahan terbuang, untuk direlifkan...

yang atas ni pula, proses relif untuk tulisan khat khufi "PALESTIN" huruf fa,lam,sa,tha,ya,nun digunakan..:-)

hasil tulisan khufi..biarpun tidak begitu mengikut hukum khufi, tapi masih boleh baca hurufnya..:-)

warna merah pada latar belakang mewakili bendera palestin

cairan lilin dititikan pada warna merah untuk membuat teknik resis



warnakan dengan warna hitam cair pada warna merah, dan kikis lilin, itulah teknik RESIS...:-)

tali serta kotak terbuang dilekat pada latar untuk menimbulkan kesan yang dramatik pada karya

Teknik KOLAJ digunakan pada latar belakang warna hitam bendera palestin

sekarang ni pula, proses mewarna~~~

proses mewarna latar belakang sebelum pemurnian warna


selepas pemurnian warna..:-)


selesai latar belakang, sekarang ni, mewarna duplikasi topeng.

susunan kayu melambangkan kongkongan.. susunan ni mengambil masa berjam-jam juga la memilih susunan yang betul-betul sesuai..

mewarna kayu dengan kesan palitan dan pancitan seolah-olah darah.

begitu juga dengan rantai, palitan warna merah dicalitkan disitu.


pemurnian!!!, spray clear disemburkan agar warna karya lebih tahan lama....

proses pemurnian. mencat varnis akrilik

lepas dah siap, kasi kering dulu....:-D

setakat itu sahaja entri kali ini...apresiasi?? sila tanya di ruang komen..:-)


Popular Posts