Khamis, 15 Mei 2014

karya "Ku Pegang Benderamu, Palestin"

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

memandangkan sambutan Hari Nakba hampir tiba, entri kali ini berkaitan denganya. Hari Nakba merupakan salah satu hari terpenting buat masyarakat yang ada di bumi palestin. berkaitan dengan itu, entri kali ini berkatian dengan sebuah karya yang dihasilkan awal tahun ini yang bertajuk "ku pegang benderamu, Palestin"

Karya ini dibuat pada tahun 2014, bertemakan negara palestin, dimana kelihatan 2 orang pemuda memegang  bendera palestin di tengah kota. aliran yang dipegang oleh karya ini ialah aliran impressionisme. aliran ini mula dikembangkan oleh Claude Monet.  beliau seorang tokoh barat yang terkenal dengan karya impressionisme.

ini merupakan kali pertama saya mendalami aliran ini. walaupun aliran ini merupakan aliran yang baru saya terokai, namun saya tetap mencubanya untuk menghasilkan karya konsep palestin ini.


Tajuk : Ku Pegang Benderamu, Palestin
Pengkarya : Mohd Hafiz Qayyum bin Ahmad
Tahun : 2014
Aliran : Impressionisme
Media : Cat Minyak

entri kali ni juga akan menceritakan serba sedikit proses karya ni..:-)

Macam biasa, pemidang dan kain perlu disediakan... :-)


Lakaran kasar dibuat..

calitan pertama, calitan warna gelap bewarna hitam dan coklat..

mewarnakan latar belakang dengan warna biru muda..peringkat permulaan



calitan warna dibuat pada keseluruhan karya..agar aliran impressionsme terserlah.



Siap!! :-D



Sekian untuk entri kali ni...:-)





Rabu, 30 April 2014

Karya "Seksanya Bumi Palestin"

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

pada tahun-tahun sebelum ini, beberapa karya yang saya hasilkan dengan bertemakan palestin. karya pertama pada tahun 2012, yang bertajuk "FREE Palestine" telah saya muatkan didalam ruangan blog ini. begitu juga tahun berikutnya, terdapat beberapa karya telah dihasilkan dengan jayanya, Alhamdullilah dengan izinNya.

Pada tahun ini, Alhamdullilah karya "Siksanya Bumi Palestin" terhasil dengan jayanya. karya ini dihasilkan pada awal tahun (Febuari-April) ini. karya ini dihasilkan semasa sesi amali Pendidikan Seni Visual PISMP. 

Pada mulanya, soalan amali kami meminta kami menghasilkan karya seni moden dan kotemporari. selain itu, tema itu juga perlu mempunyai seni releif.

SENI MODEN + SENI KOTEMPORARI + SENI RELIF

 Gabungan tiga elemen ini bukan mudah. pencarian ilham memerlukan masa kira-kira 2-3 minggu. saya memilih tema Palestin kerana ingin memberikan gambaran kepada orang luar tentang apa yang dialami oleh negara itu. mungkin minat yang mendalam mengenai tajuk ini membuatkan saya lebih teruja untuk bekarya dengan mengunakan satu tema yang memang menjadi perhatian dunia ketika ini.

Pengkarya : Mohd Hafiz Qayyum Ahmad
Tajuk : Seksanya Bumi Palestin
Aliran : Seni Moden relif
Tahun : 2014


Hampir 1 bulan, karya ini berjaya dihasilkan. karya ini menggunakan banyak alat dan bahan, dan telah menelan kos hampir rm400 . begitu juga teknik. proses??? mari kita sama-sama lihat.....

mula-mula~~

buat pemidang serta latar belakang pun satu hal, perlu memotong, menggergaji, memaku dan macam-macam lagi..



Setelah lakaran dibuat, palitkan pelaka puth dengan tekture yang menarik, macam dalam gambar ni.. palitkan secara bebas..memang sebotol pelaka juga la habis lepas dipalit ni..hilang rm15..:-(
..takpe, for palestin!! 

yang hitam tu, itu akan jadi kepala manusia, saya guna bahan terbuang, untuk direlifkan...

yang atas ni pula, proses relif untuk tulisan khat khufi "PALESTIN" huruf fa,lam,sa,tha,ya,nun digunakan..:-)

hasil tulisan khufi..biarpun tidak begitu mengikut hukum khufi, tapi masih boleh baca hurufnya..:-)

warna merah pada latar belakang mewakili bendera palestin

cairan lilin dititikan pada warna merah untuk membuat teknik resis



warnakan dengan warna hitam cair pada warna merah, dan kikis lilin, itulah teknik RESIS...:-)

tali serta kotak terbuang dilekat pada latar untuk menimbulkan kesan yang dramatik pada karya

Teknik KOLAJ digunakan pada latar belakang warna hitam bendera palestin

sekarang ni pula, proses mewarna~~~

proses mewarna latar belakang sebelum pemurnian warna


selepas pemurnian warna..:-)


selesai latar belakang, sekarang ni, mewarna duplikasi topeng.

susunan kayu melambangkan kongkongan.. susunan ni mengambil masa berjam-jam juga la memilih susunan yang betul-betul sesuai..

mewarna kayu dengan kesan palitan dan pancitan seolah-olah darah.

begitu juga dengan rantai, palitan warna merah dicalitkan disitu.


pemurnian!!!, spray clear disemburkan agar warna karya lebih tahan lama....

proses pemurnian. mencat varnis akrilik

lepas dah siap, kasi kering dulu....:-D

setakat itu sahaja entri kali ini...apresiasi?? sila tanya di ruang komen..:-)


Selasa, 29 April 2014

"FLASHMOB free palestine" Miri 2014

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

sudah sekian lama tidak mengemaskini blog yang kian usang ini, kali ini barulah ada masa nak mengisi coretan kecil dari diri ini. ya, memang selama ini saya membuat karya mengenai palestin. begitu juga dengan kustom hotwheels, tapi saya tidak pernah mengikuti flashmob. tetapi kali ini, Alhamdullilah ada satu "kawan paling baik" la sgt saya ni memperlawa saya mengikuti aktiviti ini, dan saya mula tertarik dengan aktiviti sebegini. lain kali, saya akan bawa karya-karya yang pernah saya buat sejak tahun 2012 ke booth2 pameran palestin, insyaALLAH.

entri kali ini berkaitan dengan kesedaran. kesedaran manusia untuk menyedari diri, siapa diri dan tanggungjawab diri. huuhh!!!, kita leka kita lupa kita tak ingat. kesedaran boleh muncul dengan pelbagai cara.

dan kesedaran itu boleh muncul dengan adanya ASBAB dari benda lain dengan izin Allah. aktiviti yang berlansung pada 27 april 2014 di Bintang Mall, Miri, Sarawak merupakan salah satu cara untuk menyedarkan, mengingatkan, manusia mengenai erti kemanusian, erti kehidupan. sedarkah kita ada lagi negara yang dijajah oleh pihak lain? kita sedar.... tapi apa usaha kita? ......

:-)

dan apa yang kami lakukan adalah untuk memberi sedikit impak kesedaran untuk kami dan juga untuk orang lain..insyaALLAH...:-)

berikut merupakan sedikit gambar flashmob yang dilakukan pada jam 3 petang, gabungan beberapa IPT sekitar miri.

cute la sangat~~ :-D























setakat itu entri kali ini..:-)

Popular Posts