Khamis, 31 Januari 2013

Mozek Rubik's Cube (mosaic Rubik's Cube)

Asalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

entri hari ini berkaitan dengan Rubik's cube. ramai yang mengatakan bahawa rubik's cube ini banyak kaitanya dengan seni. ya!, tepat sekali. rubik's cube mempunyai 6 warna. 6 warna tersebut ialah, putih,kuning,biru,hijau,oren dan juga merah..
apa kaitanya dengan seni??? setiap kali anda men'scramble'kan Rubik's cube anda, anda akan membayangkan suatu objek seni yang dapat kita buat. kita akan dapat membuat Mozek Rubik's Cube dengan cara ini. Jika anda mempunyai Rubik's Cube yang banyak di rumah, anda boleh buat karya mozek rubik's cube ini. cuba lihat gambar di bawah,


Gambar di atas menunjukan seorang pemuda menyusun beberapa rubik's cube dan dijadikan karya.
 cuba lihat mozek rubik's cube di bawah ini,


Dengan 24 biji rubik's cube sahaja anda boleh menghasilkan karya seperti di atas.

beberapa aliran boleh kita buat menggunakan untuk mengahsilkan rubik's cube mozek. diantaranya ialah aliran pop arts, dadaisme dan kiubisme. karya pop arts merupakan karya membuat potret popular. kedua, aliran dadaisme merupakan satu aliran yang memperli karya asal dan membencikan sesuatu yang tidak baik. dan aliran yang terakhir saya bagi iaitu aliran kiubisme merupakan aliran dimana hasil karya kelihatan bergeometri dan bersudut. mari kita lihat karya-karya rubik's cube mozek beserta aliranya,


Tajuk : Ali
Rubik's Cube yang digunakan : 240 buah


Tajuk : Cannadian Rapper Rubik's Cube
Rubik's Cube yang digunakan : 5,024 buah

Kedua-dua gambar diatas menunjukan aliran pop arts.





Tajuk : Mona Lisa 
Jumlah Rubik's Cube yang diguna : 357 biji

 Tajuk : Marilyn Monroe
Jumlah Rubik's Cube Yang diguna : 360 biji


Aliran terakhir pula iaitu kiubism. aliran ini boleh diktirafkan kepada semua karya mozek rubik's cube kerana  terdapat banyak bentuk geometri pada setiap karta-karya mozek ini.

sekarang, saya akan kongsikan mozek rubik's cube yang terbesar/terbanyak di Dunia. gambar di bawah merupakan rekod tertinggi sejak tahun 2012,











Gambar-gambar di atas merupaakn mozek Rubik's Cube Yang terbesar di dunia dan telah meemasuki Guinness Book Of Record.

Tahun Dibuat : 2012
Jumlah Rubik's Cube yang digunakan : 80,940 biji

Sekian sahaja untuk entri pada kali ini, diharap dapat berkongsi bersama apa yang saya tulis untuk pengetahuan bersama.. Happy Speedcubing! :-)

Rabu, 30 Januari 2013

10 Hot Wheels Paling Terhad di Dunia (Top 10 Limited / Rarest Hot Wheels in the World!

Asalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

entri kali ini ini saya akan kongsikan satu topik yang agak popular di dunia. melalui pembacaan dan kajian yang  saya dilakukan, akhirnya 10 Hot Wheels Paling Terhad Di Dunia dapat saya kongsikan didalam entri pada hari ini. semoga selepas anda membaca entri ini, kita sama-sama akan tahu bahawa 10 senarai dibawah merupakan kereta-kereta kecil yang paling terhad dan mahal di Dunia.

kereta di bawah merupakan kereta ke-10 paling terhad di dunia,

1995 Collector Number 271 Funny Car

Jumlah Pengeluaran : 12
Jumla yang terdapat sekarang (carded) : 6
Harga sekarang : RM 10,773



Dibawah merupakan senarai ke-9,

1971 Purple Olds 442

Jumlah Pengeluaran : -
warna versi pengeluaran : ungu-terhad
warna versi lain : merah jambu-biasa
harga sekarang (loose) : RM 15,390



tempat ke-8

 1974 Blue Rodger Dodger

Jumlah pengeluaran : 7
jumlah sekarang (carded) : 3
harga sekarang : tidak dapat dinilai/tidak dijual



tempat ke-7

970 Ed Shaver Custom AMX

Perbezaan dari normal : bungkusan dan decal pada badan kereta
Jumlah yang ada sekarang (loose) : beberapa buah sahaja
harga : +RM 12,312



kereta terhad ke-6

1968 Custom Volkswagen without Sunroof

warna normal : biru dan biru muda
warna terhad : merah, hijau dan coklat kuprum
warna paling terhad : jingga
harga sekarang (loose) : +RM 4,617



kereta ke-5

1970 Red Baron with White Interior

Jumlah yang ada sekarang : kurang dari 10
perbezaan normal dari yang biasa :  hiasan dalaman bewarna putih dan tiada dekal pada helmet
harga sekarang (loose) : +RM 9,234



Kereta ke-4 terhad

1970 “Mad Maverick” Base Mighty Maverick

ciri terhad istimewa : terdapat tulisan 'mad' pada tapak kereta
jumlah pengeluaran : 2 biru, 1 ungu dan, 1 tidak berwarna
Harga sekarang (Loose) : tidak dapat dinilai/tidak dijual


tempat ke-3

1968 White Enamel Camaro

tahun dikeluarkan : 1968-kereta pertama produk HotWheels dikeluarkan
jumlah yang ada sekarang : (Loose-terlalau terhad) (carded-tiada)
harga sekarang : + RM 7,695



Tempat ke-2 kerata terhad

1968 “Cheetah” Base Python (Hong Kong Base)

Ciri normal : Tapak yang tertulis 'Python'
Ciri Terhad : Tapak yang tertulis 'Cheetah'
Jumlah sekarang (loose) : 2-3 (dalam keadaan teruk)
harga sekarang (loose) : +RM 30,780

sekarang, tiba masa yang dinanti-nanti iaitu kereta Hot Wheel yang paling terhad di Dunia iaitu...
HOTWHEELS PALING TERHAD DI DUNIA IALAH....

1969 Pink Rear-Loading Volkswagen Beach Bomb

ciri normal : papan luncur diletak pada bahagian tepi poket sampingan kereta
ciri paling terhad : papan luncur diletak di bahagian belakang kereta
JUMLAH PENGELUARAN : 1 (SATU SAHAJA DI DUNIA!)
harga sekarang : + RM 221,616 

Setakat itu sahaja enrti pada hari ini, diharap perkongsian ini dapat membri kita informasi bahawa hobi menggumpul kereta kecil ini besar nilainya pada tahun-tahun yang akan datang..oleh itu,
selamat mengumpul kereta kecil!

Selasa, 29 Januari 2013

My Wishlist Super Treasure Hunt 2012 HW

Asalamualaikum dan salam 1 malaysia,

2012 telahpun berlalu, sekarang dah 2013,namun koleksi Super TH 2012 belum lagi lengkap. oleh kerana Super TH 2012 agak sukar dicari mahu di Malaysia dan juga luar negara, koleksi $TH sukar untuk lengkap.Oleh kerana $TH pada tahun 2012 yang lalu agak istimewa kerana Super Treasure Hunt tahun lalu tersembunyi pada kereta2 regular  yang lain, hal ini membuatkan $TH pada tahun itu amat bermakna dan amat istimewa. jika anda belum tahun $TH pada tahun 2012, berikut mrupakan senarainya,


seperti yang anda ketahui, ada 15 buah $TH pada tahun 2012. bagi peminat2 HW, super-super TH ini mesti dikumpul dan dilengkapkan kerana ianya amat istimewa dan sangat2 RARE sehinggakan amat sukar dijumpai di kedai dan pasaraya.

entri kali ini juga bertujuan untuk berkongsi "wishlist" saya. ada 6 $TH yang saya belum ada. tujuan saya berkongsi juga adalah untuk berkongsi hobi sesama insan dan manalah tahu anda boleh bantu saya melengkapkan "wishlist" ini. berikut merupakan 6 $uper Trea$ure Hunt HW 2012 yang masih didalam senarai yang amat dikehendaki, tidak kira LOOSE ataupun CARDED...asalkan keadaan masih elok,

1. 73 Ford Falcon XB


2. 70 Camaro Road Race


3. 67 Chevelle SS 396


4. 71 Maverick Grabber


5. Charger Coronet Super Bee


6. Ferrari 599xx


sebahagian daripada kereta-kereta ini amat RARE dan sukar didapati di malaysia. harganya mungkin akan lebih daripada yang disangkakan. oleh itu, sesiapa yang boleh membantu "wishlist" saya ini, tidak kira dalam keadaan LOOSE ataupun CARDED, bolehlah komen..

sekian untuk entri pada hari ini, selamat membutu kereta kecil $uper!  :-) 

Isnin, 28 Januari 2013

Taylor's Cube Open 2013 (Malaysia)


26-27 januari 2013-satu pertandingan Rubik's Cube telah dilakukan di Subang Jaya pada 2 hari yang lalu. pertandingan Rubik's cube ini terbuka kepada semua warga malaysia dan luar negara. seringkali pertandingan Rubik's cube ini dibuat pada akhir tahun dan dinamakan Malaysian cube open. namun, pada kali ini, buat pertama kalinya pertandingan ini menggunakan nama lain kerana acara ini dirancang oleh Pengurusan Acara Persatuan dengan Kelab Cube Malaysia (MCA)

pelbagai acara dilakukan semasa acara terebut, seperti acara Rubik's Cube,4x4,5x5,6x6,7x7,3x3 satu tangan, 3x3 tutup mata/blindfolded,megamix dan banyak lagi dilakukan pada dua hari tersebut.

Pemenang bagi acara popular, 3x3 Rubik's cube ialah Amos Tay Swee Hui dari malaysia berjaya menyelesaikan rubik's cube dangan cacatan masa 9.30 saat dan purata dari 5 iaiatu 10.35 saat. berikut merupakan cacatan masa dan pemenang bagi acara-acara yang dipertandingkan,

sumber : WCA

untuk sumber video tentang pertandingan tersebut, admin akan 'update' jika telah terdapat sumber kerana belum terdapat lagi sumbar di laman sesawang. setakat ini sahaja entri pada hari ini. Happy Cubing! :-D

Ahad, 27 Januari 2013

Apa itu Error dalam Hot wheels? "what is Error in Hot Wheels?"

Apa itu 'error'?
what is ERROR?

dalam erti kata Bahasa Melayu, Error merupakan kesilapan dan kecuaian. teteapi, apakah maksud error pada kereta kecil berjenama Hot Wheels?

ERROR pada Hotwheels merupakan kesilapan dan kecuaian pihak pekerja ataupun mesin pembuat syarikat Mattel yang terlepas daripada kawalan kuaiti produk. namun, error merupakan item RARE bagi peminat Hot Wheels kerana jarang akan berlaku sama error tersebut. jika error tersebut terlalu terhad, maka harga HW error tersebut boleh mencecah ribuan ringgit!

Terdapat 6 jenis error yang dikenal pasti pada jenama Hotwheels, iaitu, 
1.tayar tidak sama/tidak sesuai/cacat
2.kekurangan bahagian
3.kesalahan pembungkusan
4.kesalahan Carded/kad
5.kecacatan cat/tempo
6.extra bahagian didalam pembungkusan

Berikut merupakan kesalahan contoh gambar setiap error yang saya nyatakan tadi,

1.tayar tidak sama/tidak sesuai/cacat

 error di atas merupakan error tayar tidak sama depan dan belakang


2.kekurangan bahagian

error di atas merupakan kecacatan ketiadaan tayar  bahagain hadapan


3.kesalahan pembungkusan


kedua-dua error diatas merupakan kesalahan ketika pembungkusan dimana kereta tidak berada di kedudukan yang betul.


4.kesalahan Carded/kad

error ini jarang berlaku dimana kesalahan pembungkusan salah kad.. error seperti ini amat mahal jika dijual.


5.kecacatan cat/tampo


kedua-dua error di atas amat mudah berlaku setiap tahun.namun semangkin banyak kesalahan cat/tampo. semangkin mahal dijual kembali dan boleh mencecah puluhan ringgit.


6.extra bahagian didalam pembungkusan/bendasing


error di atas merupakan penambahan bahgian kereta ataupun terdapat bendasing ketika pembungkusan, sejak 1-2 tahun lalu, error ini jarang berlaku.


oleh itu, bagi peminat koleksi hotwheels error, mereka snggup menawarkan harga yang tinggi kerana error ini mat sukar didapati dan cuma hanya 1 sahaja di dunia. sekian ini sahaja entri pada hari ini,
selamat memburu kereta kecil yang error! :-D

Jumaat, 25 Januari 2013

Senarai Hotwheels Treasure Hunt 2013 "list of Hotwheels Treasure Hunt 2013"

Asalamualaikum dan salam satu Malaysia,
tampaknya, bulan januari hampir berakhir. Dimana 20% model Treasure Hunt Hotwheels sudah ada di pasaran. hanya tinggal 8/15 lagi yang belum ada di pasaran dan berkemungkinan akan keluar pada febuari atau mac 2013. namun, TH tahun ini amat berbeza dengan tahun lepas dan sebelumnya. jika tahun lalu, TH amat mudah sekali di kesan kerana kita sendiri boleh melihat TH melalui tepi kad sahaja. namun pada tahun ini, untuk melihat TH, mata perlu tajam (melihat logo api dalam bulatan) dan tahu nama dan jenis kereta TH tersebut.

Di bawah ini merupakan senarai tujuh (7) regular TH 2013,

1964 Lincoln Continental



Bread Box



10 Camaro SS



Fast Fish



Carbonator




Circle Trucker


TH terbaru (25/1/2013)
Sting Rod II


kita sendiri boleh melihat semua kereta di atas ada logo api kecil yang amat tersembunyi.separuh model HW lagi belum ada di pasaran. diharapkan senarai TH 2013 ini membantu anda untuk mengenal pasti TH pada tahun ini dan memudahkan anda memburu kereta kecil idaman anda. saya akan mengemaskini blog jika ada TH terbaru yang akan keluar di pasaran..selamat memburu kereta keci! :-D

Khamis, 24 Januari 2013

Salam Maulidur Rasul...

asalamualaikum dan salam 1 malaysia,
tarikh hari ini amat bermakna bagi muslimin dan muslimat. 24/1/2013. tarikh hari ini merupakan tarikh 13 rabiatulawal dalam kelendar islam.. tarikh ini merupakan tahun kelahiran nabi Muhammada S.A.W. oleh itu saya akan terangkan sedikit apa itu maulidul rasul..

Maulidur Rasul (kelahiran rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada khamis 1434 Masihi ,23/1/2013( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wata’ala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

memperingati kelahiran nabi amatlah mulia bagi kita sesama muslim. ini kerana kita mampu mengingati tarikh lahir kekasih, tarikh lahir artis, tapi kita tidak ingat pada tarikh lari nabi yang memimpin kita sendiri.

saya sendiri mengucapkan salam maulidur rasul yang ke 1434 kepada kita semua. memperingati Nabi adalah perkara yang paling mulia disisi Allah..:-)

gambar dimabil daripada laman facebook saya sendiri.

Rabu, 23 Januari 2013

Cara mengenal pasti Treasure Hunt 2013 "identifying and differentiate Treasure Hunt 2013"

Asalamualaikum & salam sejahtera, dan 1 Malaysia
entri pada hari ini ialah mengenai regular Treasure Hunt 2013. pihak Mattel mengejutkan ramai pihak terutamanya peminat-peminat Hotwheels dimana pembaharuan dilakukan pada tahun 2012, sepertimana orang lain tahu bahawa regular TH senang dikenali melalui kadnya. namun, TH pada tahun ini agak sukar dikenal pasti. saya beri contoh gambar dibawah megikut tahun pengeluaran,

 

 Kad HW TH 2010                  Kad HW TH 2011            Kad HW TH 2012            Kad HW TH 2013  

kita boleh lihat disini bahawa setiap tahun kad ada variasi kada tersebut, namun, sejakdari dahulu lagi, untuk mengenali regular treasure hunt amatlah mudah, iaitu dengan melihat bahagian tepi kad ada garisan/line/strip berwarna HIJAU.. namun, pada tahun  2013, terdapat perubahan pada kad. pada tahun ini, TIDAK ADA LAGI STRIP HIJAU YANG AKAN MENUNJUKKAN treasure hunt. strip hijau 2013 cuma menunjukkan HW imagination sahaja. oleh itu, kepada sesiapa yang belum mengetahui bagaimana nak mengenal pasti regular TH pada tahun ini, terdapat beberapa cara, iaitu

-terdapat logo API didalam bulatan pada kereta (bukan didalam kad)
-sukar untuk dicar model di pasaran
-mengenal pasti melalui laman sesawang/internet

oleh kerana TH ini sukar dicari dan terhad pengeluaranya, maka saya akan tunjukkan logo api tersebut,

logo api seperti yang ditunjukkan merupakan salah satu cara mengenali TH pada tahun 2013
sekian saja untuk entri pada hari ini, selamat memburu kereta kecil! :-)
      

Popular Posts