Isnin, 27 Mei 2013

Hotwheels Treasure Hunt 2013 ke-11 dan ke-12 (ford mustang gt concept dan fire eater)

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia,

setelah lama tidak mengemaskini senarai Treasure Hunt untuk tahun ini, kali ini terdapat 2 TH terbaru untuk tahun ini. kedua-dua model ini  adalah Ford Mustang GT concept dan fire eater. kedua-dua model ini mempunyai logo api seperti yang sepatunya ada untuk tahun ini. gambar model seperti yang dibawah,


Model di atas merupakan Ford Mustang GT concept. logo api terdapat di bahagian sisi belakang model. logo api tersebut bewarna hitam dan sukar dikesan.


Model di atas pula merupakn fire easter. logo terdapat pada bahagian depan sisi model. logo api ini pula bewarna merah dihiasi oleh tampo api model yang hampir sama dengan logo tersebut.

untuk mengetahui model TH dari pertama hingga ke-10, sila pergi ke pautan di bawah,

Treasure Hunt ke-8
Treasure Hunt ke-9

setakat itu saha untuk entri pada hari ini, diharap dapat membantu sedikit sebanyak untuk mengenali TH pada tahun ini. selamat memburu kereta kecil! :-)

Sabtu, 25 Mei 2013

$uper Trea$ure Hunt ke-15 2013 ('71 Dodge Demon) Hotwheels

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Akhirnya SEMUA $uper Trea$ure Hunt 2013 telahpun melabuhkan tirainya. setelah kesemua 15 model telah diketahui. Model ke-15 iaitu '71 Dodge Demon telahpun keluar di pasaran online, ebay. melalui sumber gambar yang dipercayai, model ini keluar dalam case Q kemungkinan keluar ada akhir tahun ini telahpun diketahui secara visualnya. dibawah merupakan gambar model tersebut,
Sumber gambar www.ebay.com

Model$TH terakhir untuk tahun  ini bewarna biru, dengan tampo api kuning dan putih. logo TH ada pada belakang sisi model. gambar lanjut di bawah,



Untuk mengetahui model $TH sebelum ini, sila pergi ke pautan ini,





Setakat itu sahaja entri pada ahri ini. diharap informasi ini dapat membantu anda untuk melengkapkan $TH anda pada tahun ini. selamat memburu kereta kecil! :-D


Rabu, 22 Mei 2013

Penggambaran $uper Trea$ure Hunt 2013 (07' Ford mustang) Hotwheels review

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Entri pada hari ini berkaitan dengan $TH yang ke-14 iaitu 07" Ford Mustang. $uper kali ini amat menarik seperti gambar di bawah,



Nama : Ford Mustang '07
Tahun Pertama dikeluarkan :  2007
klasifikasi : HW Showrooms (then and now)
Warna : Hijau
Tampo : Hitam,hijau tua,
Logo TH : pada bahgian belakang sisi model.
case : lot P
dijangka keluar : november 2013







Gamabr di atas merupakan gambar model bersama kad.



Gambar yang berfokuskan kepada logo TH pada bahagian sisi tepi model.

Bahagian tapak model.


Fokus pada bahagian dalaman model

Bahagian belakang model



Setakat itu sahaja informasi dan keadaan visual model ini. diharap dapat membantu anda mengenalai $TH ke-14 ini..selamat memburu kereta kecil! :-D


Khamis, 16 Mei 2013

Super Treasure Hunt ke-14 (07' Ford Mustang) 14th Super Treasure Hunt Hotwheels 2013

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

setelah sebulan berlalu sejak Super TH ke-13 keluar ataupun diketahui iaitu 10 Toyota Tundra, kali ini giliran $uper TH ke-14 pula iaitu 07' Ford Mustang. di bawah merupakn gambar model tersebut,

sumber gambar : t-hunted.blogspot.com

Seperti Biasa, model ini keluar dalam "mainlane" HW Showroom. model ini bewarna hijau. Logo TH jelas terpampang pada bahagian sisi belakang model dan betayar getah rim krom perak. di bawah merupakan gambar model dalam keadaan loose,

Sumber gambar : t-hunted.blogspot.com

Untuk mengetahui model-model $uper Trea$ure Hunt 2013 yang lain, sila pergi ke pautan di bawah ini,






Sekian sahaja untuk pengisian kali ini, selamat memburu kereta kecil! :-D









Ahad, 5 Mei 2013

Karya April 2013 (Indah Tapi Bahaya dan AL-Hafiz)

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

kali ini saya ingin kongsikan 2 karya saya yang tidak seberapa. Biasalah baru belajar kan. karya ini siap pada hujung bulan April. dua karya ini merupakan karya Barat dan karya Islam. karya ini dibuat bedasarkan amali semester 1. 

karya pertama :

Tajuk karya ; Indah Tapi Bahaya
Aliran : abstrak (kubisme)
Catan Barat
Tema karya : alam semula jadi.
teknik : Impasto
Maksud Karya : 
Konsep yang saya pegang di sini ialah ekor bulu burung kenyalang. Maksud karya ini adalah keadaan alam sekeliling di Sarawak.  jika kita lihat bumi Sarawak ini begitu indah, namun dicemari dan diperkosa oleh orang yang tidak bertanggungjawab. setiap calitan karya ini besar maknanya. pada baris pertama dari sebelah kiri, terdapat warna biru serta titik putih melambangkan sungai di Sarawak. namun sungai itu dicemari melalui garis hitam di tepinya. pada baris kedua pula, terdapat daun hijau yang ditepinya hitam dan tegahnya hijau muda. saya menggunakan teknik impasto menggunakan pisau palet, bentuk ini melambangkan daun, warnanya melambangkan bahagian tengah daun yang belumdicemari namun pada bahagian tepi, kelihatan kontra dan memberitahu kita bahawa keadaan bumi sarawak mula diancam. Garis ketiga pula medum mineral yang ada di hutan khusunya di Sarawak. di sini saya menggunakan jari untuk mewarnakan bahagian ini. pada bahagian ini,  terdapat warna coklat, emas dan hitam. ini menyampaikan mesej bahawa karya ini melambangkan tanah di sarawak menyimpan pelbagai unsur garam galian yang berharga, titik2 impasto hitam itu melambangkan tanh di sarawak mula dihantui oleh pelbagai gangguan manusia. baris terakhir pula melambangkan bunga-bungaan yang ada di Sarawak yang indah dan lembut, namun, ia telah mula dicemari dan diganggu.  Pada bahagian hitam pada ekor bulu kenyalang, terdapat warna kontra iaitu putih dimana saya ingin menyampaikan mesej bahawa bahagian itu telahpun dicemari dan tidak dapat diselamatkan. Mesej yang saya bawa ini besar dan itu yang saya ingin sampaikan kepada manusia yang ingin memahami karya saya. latar belakang pula diwarnakan dengan calitan merah,kuning dan oren melambangkan darah, dan kesakitan alam flora dan fauna dan kesakitan dari burung kenyalang itu sendiri.

di bawah ini pula karya kedua saya,


Tajuk karya ; AL-Hafiz
Aliran : Seni Islam
Tema karya : alam semula jadi.
teknik : khat kufi
Maksud Karya : 
Maksud karya kedua ini pula iaitu Hafiz=menjaga. di dunia ini kita perlulah menajga apa yang Allah berikan kepada kita. sebagai manusia, itu merupakan tanggungjawab wajib. huruf jawi emas yang di tengah itu bermaksud AL-hafiz iaitu Menjaga. huruf jawi/khat di atas itu pula bermaksud Al-Saama bermaksud langit. kita sebagai manusia perlulah menjaga langit daripada pencemaran seperti jerebu, pencemaran udara dan sebagainya. itulah sebabnya ia bewarna biru. perkataan khat kufi dibawah pula bermaksud Al Ard, bermaksud Bumi. kita sebagai manusia perlulah menjaga dan menjauhi bumi daripada semua unsur pencemaran seperti sampah, sungai, laut, pembalakan dan sebagainya. disebabakan itu khat al-ard ini bewarna hijau melambangkan bumi. keseluruhan perkataan itu menunjukan Menjaga Langit dan Bumi, (Al Hafiz, Al-saama, Al ard). Latar belakang pula saya menggunakan teknik geometri bewarna hijau dan bulat kerana melambangkan bumi,dedaun dan sebagainya yang dapat menyampaikan mesej flora yang ada di hutan di bumi ini.


gambar di bawah merupakan proses kedua-dua karya ini,




 



Gambar di bawah merupakan sebagahagain sedutan dari karya saya dan gambar ini diambil semasa proses penilaian karya yang dibuat oleh pensyarah luar.








Sekian itu sahaja entri pada kali ini. diharap mesej karya yang saya ingin sampaikan sampai untuk kita sama-sama amati...terima kasih...:-)

Popular Posts