Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 11, 2013

ciri-ciri HotWheels $uper Trea$ure Hunt 2013 ('71 Dodge Demon)

Imej
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Alhamdullilah $uper Trea$ure Hunt 2013 telahpuun diketahui semuanya. Entri pada hari ini ialah memberi sudut pandangan melalui foto-foto yang saya ambil. kita boleh lihat $TH yang terakhir ini agak menarik dari segi tampo dan warna model. saya minta maaf kerana semua gambar ni agak kabur dan kurang kualiti kerana saya menggunakan kamera telefon. Nama Model : 1971 Dodge Demon Warna : Biru kilat Tampo : Api putih dan kuning, garis hitam Logo TH : bahagian tepi belakang. Gambar di bawah ni merupakan logo TH. lokasi logo ini adalah pada bahagian belakang tepi model. ala-ala tempat isi minyak la orang katakan..:-)  Ini pula gambar belakang model. tidak ada proses penelitian untuk membuat tampo dan lampu pada bahagian belakang.  Pada bahagian atas, model ini bertampo api kuning dan putih,dan dua garis hitam pada bahagian bonet model.  Bahagian depan model, tampo pada bonet jelas kelihatan.