Selasa, 6 Ogos 2013

Sedihnya Bila Ramadhan Berakhir

Assalamualaikum
Sumber gambar : www.fauzulazim.com


Sedar tak sedar, kita sudah menghampiri Syawal. Ya Allah, ramadhan semangkin habis, semangkin hampir ke pengakhirnya. Bulan ramadhan akan meninggalkan kita. ada banyak persoalan yang boleh saya buat untuk saya sendiri (ataupun pembaca) fikirkan.

Nikmatkah Ramadhan pada tahun ini??
-mestilah nikmat, kita dapat makan sedap-sedap,dapat makan moreh selepas tarawih.
BUKAN itu yang kita nak,
-nikmat ramadhan ialah amal kita yang kita lakukan selama 30 hari. puasa yang kita laksanakan perlulah disi dengan zikir, bacaan Al-Quran, solat sunat, tarawih dan banyak lagi..

Berpuasakah kita ramdhan kali ini?
-mestilah, puasa saya penuh, tidak lupa sahur, dan menahan lapar dan minum dan selainya.
BUKAN itu yang kita nak,
-puasa yang kita nak pada bulan mulia ini ialah rasa insaf dan sedar bahawa ada berjuta orang di negara islam yang lain menderita bahawa mereka tidak makan dan minum, malah ada yang tidak sahur dan berbuka pun selamat sebulan. selain itu, puasa yang kita nak ialah bukan setakat menahan nafsu makan, nafsu syahwat dan hati juga perlu diambil kira. dapatkah kita mengawal nafsu kita melihat benda-benda yang tidak baik? dapatkah kita menahan dari bercakap yang tidak baik? dapatkah kita menahan diri kita daripada mengatakan hal orang lain? dapatkah kita menahan marah? dapatkah kita mengawal sabar? dapatkah kita mengawal rasa gelisah? dapatkah kita menjaga hati?
saya bertanya pada diri ini.

bagaimana momentum kita ramadhan kali ini?
-errrr...1-10 ramadhan saya hari-hari tarawih, 11-20 ramadhan saya ada tarawih dan ada juga tidak.sibuk dengan kerja di rumah. 21-30 saya ada juga Laaaaaaaah tarawih, saya sibuk cari baju raya, baju melayu, dan macam-macam lagi.
BUKAN itu yang kita nak,
momentum yang kita nak di bulan mulia ini ialah momentum yang kekal dari 1 ramadhan sehinggalah malam pertama syawal. bukan sahaja kekal, tetapi kita perlu tingkatkan dari masa ke semasa ramadhan. jika pada malam pertama ramadhan kita sudah banyak membuat amal, makan malam seterusnya perlu ditingkatkan lagi. bukanya BERKURANG! kita boleh lihat sendiri solat tarawih di masjid, pada malam pertama, saff penuh sampai kat luar surau. sehinggakan ada yang tidak dapat tarawih. tapi cuba kita lihat pada malam 25-30 ramadhan, saff tinggal 1-2 baris lagi. ada yang hanya 4-5 orang sahaja yang tinggal. ini kah MOMENTUM ramadhan yang kita mahu? adakah keadaan sebegini dilihat baik? tidak, jika ramadhan kali ini kita berbuat sedemikian, sedarlah, ramadhan yang akan datang masih jauh, sangat sangat jauh!!!

SEDIHkah kita meninggalkan ramadhan kali ini?
-emmmm emmmm sedih kot, sebab saya exited nak raya dah ni.
BUKAN itu yang kita nak,
jawapan seperti ini akan dijawab oleh ramai orang. kita sepatutnya sedih, sangat-sangat sedih!!!. dengan amal yang kita buat, dapatkah kita hitung???? dengan 30 hari ramadhan yang kita gunakan, adakah itu mencukupi??? adakah amal kita diterima Allah? adakah niat kita betul dan diredhai Allah? kita sepatutnya sangat bersedih. kita sepatutnya sedih kerana bertapa SIKITnya amal ramadhan yang kita lakukan pada tahun ini jika dibandingkan dengan benda lain. 

-ala...ramdhan tahun depan masih ada lagi lah..boleh amal lagi....
ramadhan tahun hadapan?????
-Allah yang menentukan umur kita, bukan KITA. jikalau ramadhan tahun hadapan tidak ada bagi kita bagaimana? bagaimana wahai diri???? jikalau kita tidak dapat mengejar amal,pahala dan kebaikan ramadhan kali ini, tahun depan belum tentu bersama kita, belum tentu....AMATlah belum tentu.

Wahai diri, sementara ada tinggal beberapa detik masa lagi ramadhan kali ini, manfaatkanlah selagi ada saat ini. di pengakhir ramadhan ini, diri ini akan rasa kehilangan dan menyesal jika ramadhan tidak digunakan sepenuhnya.
Wahai diri, penuhilah rasa kesyukuran yang kita dapat. ya, ya dan ya insyaAllah ramadhan tahun hadapan akan menyusul jika Allah membenarkan umur kita sampai di situ,

InsyaAllah.....



Popular Posts