Rabu, 27 Mac 2013

Poster Hotwheels 2013 (2013 Hotwheels Poster with Treasure Hunt and Super mark)

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Menurut satu sumber dari sebuah blog yang saya ikuti, T-Hunted, poster hotwheels untuk tahun 2013 telahpun dikeluarkan. Namun, belum semua model pada tahun ini ada dalam poster ini. Dibawah merupakan gambaran keseluruhan model. model di bawah ini merupakan 1 daripada 2 poster keluaran Hotwheels, poster kedua belum lagi keluar,


Kita sendiri tahu bahawa Treasure hunt dan $uper Trea$ure hunt pada tahun ini agak tersembunyi, dimana TH dikenali melalui logo api dan $TH dikenali melalui tayar dan badan model, dibawah merupakan poster hotwheels pada tahun ini disertakan tanda Th dan $TH,

Bagi HW City, terdapat beberapa Treasure Hunt dalam model ini, bulatan dibawah merupakan model-model TH yang mempunyai logo api merah,




Dibawah ini merupakan model HW Showroom, dimana semua model showroom mempunyai garis ungu pada bahagian tepi. bahagian inilah terdapat model $uper Treasure Hunt. Bulatan yang ditanda $TH merupakan model yang perlu diperhatikan.



Gambar di bawah merupakan HW Stunt, tidak terdapat TH. namun model-model ini mempunyai tampo yang menarik.


HW Racing dan HW Imagination mempunyai beberapa model TH. Model TH yang perlu diperhatian dan telah dibulatkan serta dtanda TH seperti yang dibawah,




 untuk mengetahui semua model-model TH dan $TH dengan lebih lanjut, sila ke pautan/link di bawah ini,

Senarai TH 2013
Senarai $uper TH 2013
$uper TH ke-10
$uper TH ke-11
$uper TH ke-12
TH ke-8
TH ke-9

Sekian itu sahaja untuk entri pada hari ini, diharap poster HW 2013 dapat membantu anda memburu kereta kecil..:-D




Selasa, 19 Mac 2013

Rekod Dunia Rubik's Cube terbaru (5.55 saat oleh Mats valk) Latest World Record Rubik's Cube 5.55 second

Assalamuaiaikum dan salam 1 Malaysia,

 Pada 2-3 mac yang lepas, berlansungnya acara pertandingan rubik's cube "zonhoven Open 2013". acara yang cube yang dipertandingkan antaranya Rubik's Cube, 2x2,4x4,5x5,blindfolded,one handed dan banyak lagi. sepanjang acara tersebut, Mats Valk telah memecahkan rekod dunia dengan cacatan Rubik's Cube tunggal, 5.55 saat! setelah beberapa tahun tidak memecahkan rekod yang dibuat oleh Feliks Zemdegs, awal tahun ini rekod dipecahkan oleh remaja ini. berikut merupakan sedikit gambar Mats Valk ketika mencatat rekod dunia sulung pada tahun ini,

bersama piala kemenangan..


Trekesima melihat masa yang beliau catat...



Sedikit sedih dan perasaan gembira beliau dengan rekod tersebut
Tahniah diucapkan kepada Mats Valk

cacatan Rekod Dunia itu disertakan dengan purata daripada 5 dengan purata 8.82 saat, 
Pertama : 9.75 saat
Kedua : 8.30 saat
Ketiga : 8.41 saat
Keempat : 5.55 saat (rekod Dunia)
Kelima : 10.41 saat

Purata : 8.82 saat


Sebelum ini, Mats Valk pernah mencatat tempat ke-3 rekod dunia terbaik dalam ketegori 4x4x4 cube dengan cacatan 26.77. rekod 3x3x3 rubik's cube yang dipegang sebelum ini oleh Feliks Zemdegs dengan rekod 5.66 saat, ganya membezakan 0.11 saat sahaja. dua pautan berikut merupakan pautan/link video beliau ketika mencatat rekod terbaru ini,



Sekian itu sahaja entri pada kali ini, diharap rekod baru ini membuatkan anda lebih bersemangat untuk mencontohi seorang pemegang rekod muda ini..happy SPEEDCUBING!! :-D

Isnin, 18 Mac 2013

Ciri-Ciri Hotwheels Super Treasure Hunt 2013 '69 Camaro

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Entri pada hari ini akan menerangkan beberapa ciri $iper Trea$ure Hunt ke-11 iaitu 69 Camaro. Model ini akan keluar dalam lingkungan julai-september 2013 termasuk model regular. Di bawah merupakan beberapa penerangan tentang model ini dalam bentuk loose mahupun carded.


Nama : '69 Camaro
Tahun keluaran : 2013
Tahun pertama keluaran : 2006
klasifikasi : HW Showroom
Warna : merah gelap (maron)
Warna model regular : merah
Tampo : garis putih pada bonet dan tepi model,logo TH,Tayar Getah.
Tampo regluar :garis pada bahagian tepi sahaja.


Gambar di bawah merupakan sedikit koleksi gambar model ini.





Gambar di sebelah merupakan gambar model loose dimana kelihatan warna merah gelap berkilat, serta rim tayar berkilau.











Pandangan depan model dalam keadaan loose dan carded.










Ini pula pandangan belakang, boleh diubahsuai (custom) pada bahagian lampu model jika berminat.











Bahagian bawah. Tapak model diperbuat daripada plastik bewarna hitam, tercatat nombor siri serta tahun pertama keluaran.










Gambar "close-up" menunjjukan logo TH yang terletak pada bahagian tepi belakang model.











Close-up yang berfokuskan pada interior model. menarik kerana bewarna putih yang boleh diubahsuai bagi penggemar "custom car".





Setakat itu sahaja entri pada hari ini. diharap anda dapat mengetahui sserba sedikit mengenai $TH pada kali ini. selamat memburu kereta kecil! :-D

Jumaat, 15 Mac 2013

Super Treasure Hunt 2013 ke-12 ( '67 Camaro ) The 12th Hotwheels Super Treasure Hunt

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

kita sudah menghampiri pertengahan bulan mac, sudah 12 daripada 15 model $TH telah pun diketahui secara release ataupun unrelease. model kali ini amat menarik. satu ciri istimewanya ialah bonet/hood depan boleh dibuka. kita lihat gambar dan ciri-ciri model ini,


Nama : 67 Camaro
Sumber : sendiri

Model ini bewarna hitam mettalic,merupakan model muscle yang diminati ramai. Terdapat empat garis putih pada bahagian bonet depan model, atas kereta mempunyai tampo logo eletrik. bahagian sisi modle pula terdapat dua garis putih dan merah beserta tampo summit. logo TH terlekat pada bahagian belakang sisi model. istimewanya model ini ialah bahgian bonet depan boleh dibuka sekaligus menampakkan engin model tersebut. dibwah merupaakn sedikit gambar bahagian-bahagian model ini.





Gambar di sebelah merupakan gambar model 67 camaro carded dan loose. apabila masih carded, kita tidak dapat menyentuhnya dan apabila loose, kita boleh menyentuh model.










Bahagian depan model, dimana besi bahagian bawah kereta menjadi penutup bahagian depan.











Bahagian belakang pula mencerminkan model muscle ini mempunyai tayar yang besar dan menarik perhatian saya.








Gambar di sebelah pula merupakan bahagian bawah model, di mana tapak model ini diperbuat daripaa besi, tertulis dua tahun yang berbeza, 1982 dan 2012. yang membanggakan saya ialah, MADE IN MALAYSIA biarpun bukan model kereta dari tanah air sendiri.









Logo TH terpampang pada bahgian tepi belakang model dengan rim tayar yang berkilat. 










Gambar close-up ini menunjukkan bahagian enjin model. enjin ini akan lebih nampak menarik jika di touch-up lagi.




Ini pula gambar berfokuskan pada tampo kerata, tulisan summit dan logo hotwheels terpampang pada kereta.








Pandangan dari atas, kelihatan tampo eletrik serta garis bonet.








Gambar sisi menunjukkan tayar dan bahagian sisi depan kereta.












Gambar terakhir ini merupakan gambar loose dan carded.






untuk mengetahui senarai-senarai $uper Treasure Hunt 2013 sebelum ini, sila melayari pautan/link di bawah,

Senarai $uper Treasure Hunt 2013 (1-9)
Super Treasure Hunt 2013 ke-10, '72 Ford Ranchero
Super Treasure Hunt 2013 ke-11 (69 Camaro)

Setakat itu sahaja entri pada hari ini, diharap keluaran $TH pada kali ini menarik perhatian semua. selamat memburu kereta kecil! :-D

Rabu, 13 Mac 2013

Treasure Hunt Hotwheels 2013 ke-9 (Custom '77 Dodge Van)

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Entri pada kali ini berkenaan dengan berita Hotwheels terbaru. Mattel telah mengeluarkan satu model Treasure Hunt 2013 iaitu  untuk pengetahuan semua, model ini telah dikeluarkan dan mula dipasaran di dalam case/kotak J. wave model ini telah mula berada di pasaran malaysia dan boleh didapati dalam masa terdekat.

Model TH 2013 ke-9 : Custom '77 Dodge van
sumber :facebook/HWCM

Melalui gambar di atas, kita dapat nilai bahawa ini model yang amat menarik dan lebih menarik dari model-model TH 2013 yang Mattel keluarkan sebelum ini. model ini didalam klasifikasi HW City. Model ini juga berwarnakan hitam, besertakan tampo graviti custom bewarna kuning, kuning kecoklatan,putih dan hijau muda.tayar model ini berwarna kuning dan sedikit warna hijau kilat pada rim.

Gambar di bawah pula merupakan gambar beberapa Model HW dalam kotak yang sama iaitu J. kotak/case J banyak mengeluarkan model yang mempunyai tulisan graviti pada badan model.


Untuk mengetahui model-model senarai Treasure Hunt 2013 yang lain, sila pergi pada pautan ini,

Senarai Hotwheels Treasure Hunt 2013
Treasure Hunt ke-8 (Prototype)


Sekian itu sahaja pada entri pada kali ini. diharap kita sama-sama menjumpai model TH terbaru ini di pasaran. selamat memeburu kereta kecil! :-D

Selasa, 12 Mac 2013

Cir-ciri $uper TH-10 (Ford Ranchero) Hotwheels 2013

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia,

Setelah lama tidak mengemas kini blog ,entri pada kali ini pula berkaitan dengan penggambaran sebiji lagi $TH lagi iaitu Ford Ranchero. memandangakn model ini belum keluar lagi, saya mengharapkan pihak "mattel" tidak membaca blog ini.. :-D Sebelum memulakan sedikit penerangan satu per satu gambar, saya akan memberikan sedikit informasi tentang model ini,



Nama Model : 72 Ford Ranchero
Klasifikasi : HW Showroom 2013
Tahun pengeluaran pertama : 2009
Tahun pengeluaran $uper TH : 2013
Warna : Ungu Gelap, tampo putih,ungu muda dan merah jambu, logo TH
Warna/ciri  model normal : ungu muda, tiada logo TH, tayar dan rim pelastik






Dibawah merupakan sedikit gambar carded dan loose dalam posisi yang berbeza model ini,




Gambar di sebelah merupakan gambar Ford Ranchero  dakam carded dan loose. kelihatan tayar getah berkilat..











Gambar loose di sebelah merupakan gambar Ford Ranchero dari tepi kiri model tersebut.










Di sebelah merupakan gambar model dari atas dan bawah, dari atas kelihatan tampo putih, dan ungu muda pada bonet kereta, dan dari bawah pula kelihatan tapak diperbuat daripada besi. 








Pandangan depan model. kelihatan bonet model ber'tampo'kan garis ungu muda,putih dan merah jambu, disertakan dengan lampu dan bahagian depan kereta diperbuat daripada besi kilat. bahagian dalam kereta bewarna kelabu, diperbuat daripada pelastik









Gambar model secara simetri, kiri dan kanan untuk membuat penilaian bahagian sisi model







Setakat itu sahaja entri pada kali ini. diharap dapat membantu anda untk menspesifikasikan model $TH pada kali ini..selamta memburu kereta kecil! :-D

Selasa, 5 Mac 2013

Penggambaran 62 Corvette ($TH 2013) Photoshoot

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,
Entri pada hari ini adalah berkaitan dengan beberapa penggambaran Super Treasure Hunt 2013. Bagi yang belum tahu, 62 Corvette merupakan $uper Trea$ure Hunt ke-9 pada tahun ini. Model ini mula dikeluarkan secara rasmi pada febuari-mac pada tahun ini. Di bawah merupakan sedikit diskripsi $TH ini :






Nama : 62 Corvette 
Tahun Pengeluaran : 2013
Warna : Biru kilat (atas badan bergaris dua putih)
warna (regular) : biru muda pudar (tiada 2 garis atas badan)
Pengkelasan : HW Showroom









Sekarang, saya akan memeberi sedikit penerangan melalui gambar-gambar 62 Corvette ini,


Gambar diatas menunjjukan $TH Corvette 2013 dalam Kad dan diluar kad(loose). kelihatan warna kereta berwarna biru berkilat, tayar getah berkilat.





Di sebelah pula gamber dimana 62 Corvette dalam card dan loose dari sudut sisi.











Gambar di sebelah merupakan gambar bawah 62 Corvette, dimana lapisan bawah diperbuat daripada plastik, bewarna perak kilat.











Gambar ini pula menunjukkan bahagian belakang model. kelihartan garis putih sehingga ke belakang dan lapisana bawah begitu ketara bewarna perak.










Gambar "close up" model ini. kelihatan hiasan dalaman bewarna hitam,dan cermin model tidak bewarna.











Bahagian hadapan model. kelihatan bonet berkilat serta lampu," skirt" kereta bewarna perak.












Gambar dari sudut dua perspektif, kiri dan kanan model.

Gambar dibawah merupakan model loose diatas kad.



Sekian itu sahaja yang saya ingin tunjukkan beberapa gambar serta maklumat 62 Corvette $TH. sementara $TH masih hangat di pasaran walaupun sukar dicari, carilah peluang untuk mendapatkanya di pasaran. Selamat memburukereta Kecil! :-D

Popular Posts