Poster Hotwheels 2013 (2013 Hotwheels Poster with Treasure Hunt and Super mark)

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Menurut satu sumber dari sebuah blog yang saya ikuti, T-Hunted, poster hotwheels untuk tahun 2013 telahpun dikeluarkan. Namun, belum semua model pada tahun ini ada dalam poster ini. Dibawah merupakan gambaran keseluruhan model. model di bawah ini merupakan 1 daripada 2 poster keluaran Hotwheels, poster kedua belum lagi keluar,


Kita sendiri tahu bahawa Treasure hunt dan $uper Trea$ure hunt pada tahun ini agak tersembunyi, dimana TH dikenali melalui logo api dan $TH dikenali melalui tayar dan badan model, dibawah merupakan poster hotwheels pada tahun ini disertakan tanda Th dan $TH,

Bagi HW City, terdapat beberapa Treasure Hunt dalam model ini, bulatan dibawah merupakan model-model TH yang mempunyai logo api merah,




Dibawah ini merupakan model HW Showroom, dimana semua model showroom mempunyai garis ungu pada bahagian tepi. bahagian inilah terdapat model $uper Treasure Hunt. Bulatan yang ditanda $TH merupakan model yang perlu diperhatikan.



Gambar di bawah merupakan HW Stunt, tidak terdapat TH. namun model-model ini mempunyai tampo yang menarik.


HW Racing dan HW Imagination mempunyai beberapa model TH. Model TH yang perlu diperhatian dan telah dibulatkan serta dtanda TH seperti yang dibawah,




 untuk mengetahui semua model-model TH dan $TH dengan lebih lanjut, sila ke pautan/link di bawah ini,

Senarai TH 2013
Senarai $uper TH 2013
$uper TH ke-10
$uper TH ke-11
$uper TH ke-12
TH ke-8
TH ke-9

Sekian itu sahaja untuk entri pada hari ini, diharap poster HW 2013 dapat membantu anda memburu kereta kecil..:-D




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Hot Wheels Paling Terhad di Dunia (Top 10 Limited / Rarest Hot Wheels in the World!

Biodata Pemegang Rekod Dunia Rubik's Cube Feliks Zemdegs (biography of feliks zemdegs)

Apa itu Error dalam Hot wheels? "what is Error in Hot Wheels?"