Apa itu Error dalam Hot wheels? "what is Error in Hot Wheels?"

Apa itu 'error'?
what is ERROR?

dalam erti kata Bahasa Melayu, Error merupakan kesilapan dan kecuaian. teteapi, apakah maksud error pada kereta kecil berjenama Hot Wheels?

ERROR pada Hotwheels merupakan kesilapan dan kecuaian pihak pekerja ataupun mesin pembuat syarikat Mattel yang terlepas daripada kawalan kuaiti produk. namun, error merupakan item RARE bagi peminat Hot Wheels kerana jarang akan berlaku sama error tersebut. jika error tersebut terlalu terhad, maka harga HW error tersebut boleh mencecah ribuan ringgit!

Terdapat 6 jenis error yang dikenal pasti pada jenama Hotwheels, iaitu, 
1.tayar tidak sama/tidak sesuai/cacat
2.kekurangan bahagian
3.kesalahan pembungkusan
4.kesalahan Carded/kad
5.kecacatan cat/tempo
6.extra bahagian didalam pembungkusan

Berikut merupakan kesalahan contoh gambar setiap error yang saya nyatakan tadi,

1.tayar tidak sama/tidak sesuai/cacat

 error di atas merupakan error tayar tidak sama depan dan belakang


2.kekurangan bahagian

error di atas merupakan kecacatan ketiadaan tayar  bahagain hadapan


3.kesalahan pembungkusan


kedua-dua error diatas merupakan kesalahan ketika pembungkusan dimana kereta tidak berada di kedudukan yang betul.


4.kesalahan Carded/kad

error ini jarang berlaku dimana kesalahan pembungkusan salah kad.. error seperti ini amat mahal jika dijual.


5.kecacatan cat/tampo


kedua-dua error di atas amat mudah berlaku setiap tahun.namun semangkin banyak kesalahan cat/tampo. semangkin mahal dijual kembali dan boleh mencecah puluhan ringgit.


6.extra bahagian didalam pembungkusan/bendasing


error di atas merupakan penambahan bahgian kereta ataupun terdapat bendasing ketika pembungkusan, sejak 1-2 tahun lalu, error ini jarang berlaku.


oleh itu, bagi peminat koleksi hotwheels error, mereka snggup menawarkan harga yang tinggi kerana error ini mat sukar didapati dan cuma hanya 1 sahaja di dunia. sekian ini sahaja entri pada hari ini,
selamat memburu kereta kecil yang error! :-D

Ulasan

  1. Kalau tulisan Porsche senget dan bukan pada kedudukan pun dikira sebagai error jugak ke?

    BalasPadam
  2. Saya ada proton saga tkda decal langsung.. tu kira error ka macam mana??

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Hot Wheels Paling Terhad di Dunia (Top 10 Limited / Rarest Hot Wheels in the World!

Biodata Pemegang Rekod Dunia Rubik's Cube Feliks Zemdegs (biography of feliks zemdegs)