Ahad, 30 Jun 2013

My weekend project : Hotwheels Diorama 1:64 (process)

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

entri hari ini mengenai aktiviti saya pada hujung minggu. ianya berkaitand engan Hotwheels lagi iaitu Diorama. Diorama merupakan suatu keadaan latar/suasana bersekala kecil untuk banyak kegunaan. selalunya diorama digunakan untuk perhiasaan hobi seperti figura,kereta/diecast kecil dan juga benda lain.

entri ini akan memberi sedikit sebanyak tentang proses pembikinan diorama ini dari awal hingga akhir. diorama yang saya buat kali ini merupakan kedua kali saya lakukan. Diorama pertama saya buat ketika saya berusia 15 tahun namun sudahpun dimamah usia. Kali ini, saya cuma mangambil masa 2 hari untuk menyiapkan diorama yang ringkas khas untuk perhiasan dan penggambaran Hotwheels.


untuk mengetahui hasil akhir diorama ini, sila pergi ke pautan/link di bawah,
My Hotwheels Diorama (1:64)


ada pelbagai set template skala 1:64 di laman sesawang. set ini merupakan pilihan saya. tebal kertas yang saya gunakan ialah 200gsm


Gunting, gunting gunting..

warna warna warna. medium yang saya gunakan ialah cat akrilik



penyediaan tapak dan pendirian bangunan.

sesi cat bermula. medium yang digunakan ialah cat akrilik.

proses mencat beberapa landskap..

proses perincian interior bangunan

proses perincian luaran bangunan.

membuat replika rumput menggunakan teknik "paper mache"

mewarna replika rumput

menggunakan pasir untuk jalan yang tidak bertar. jalan ini khas untuk model kereta 4x4.

membuat tiang lampu jalan. pengunaan mentol untuk pencahayaan set diorama bersumberkan beteri. jenis mentol yang kecil dugunakan agar sesuai dengan skala diorama.

proses "final touchup" dilakukan.


untuk mengetahui hasil akhir diorama ini, sila pergi ke pautan/link di bawah,
My Hotwheels Diorama (1:64)

sekian dan terima kasih..


Isnin, 24 Jun 2013

Disebalik hobi "speedcubing"

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia,

Setelah lama tidak menulis entri, kali ini saya ingin kongsikan kepada anda tentang satu hobi yang kian dilupakan oleh sebilangan orang muda. hobi yang saya maksudkan ialah menyelesaikan Rubik's cube. nama lain bagi hobi ini ialah "speedcubing". hobi ini telah lama saya pelajari sejak dari saya tingkatan lima (2009) lagi. pada masa itu, tidak tahu kenapa ramai orang yang yang tergila-gilakan hobi ini. sedangkan Rubik's Cube telah lama ada di dunia ini sejak dari 1980 lagi.


APA ITU SPEEDCUBING?



Dalam bahasa melayu, speedcubing bermaksud kelajuan dalam sebuah kiub. tiada erti lain yang dapat dikatakan sebab itulah pemain Rubik's cube hanya menggunakan bahasa inggeris. SPEEDCUBING bermaksud kelajuan seseorang menyelesaikan rubik's cube dalam masa yang terpantas.


ADAKAH SPEEDCUBING ITU SATU HOBI?

Speedcubing boleh dikatakan sebagai satu hobi kerana seseorang individu akan menyelesaikan rubik's cube pada masa lapang. Tidak kira kita di mana, di pejabat, rumah,sekolah dan tandas sekalipun kita boleh bermain benda kecil ini. Tidak kira apa kita lakukan pada masa itu, kita boleh memanfaakan masa yang kita guna.


ADAKAH HOBI SPEEDCUBING INI MEMPUNYAI TAHAP-TAHAP TERTENTU?

tahap terpulang pada individu. bagi saya, tahap-tahap speedcubing bergantung pada masa penyelesaian yang dibuat, dibawah merupakan tahap-tahap yang saya dapat simpulkan.


4-7 Saat ; World Expert
8-14 Saat : Tournament Expert
15-23 Saat : Expert
25-40 Saat : Intermediate
40-60 Saat : Amateur 
1 Minit dan keatas ; peringkat awal mendalami hobi ini



ADAKAH HOBI SPEEDCUBING INI TIDAK MEMBOSANKAN?

semestinya tidak membosankan. jikalau ada minat, anda akan berusaha untuk mempertingkatkan kelajuan,masa dan kemahiran yang sedia anda untuk menyelesaikan Rubik's cube.


APA TIPS UNTUK MENCEBURI HOBI INI?

Tips yang saya dapat bagi  untuk menceburi hobi ini ialah,

1. anda perlu ada sifat optimis iaitu sentiasa positif yang tidak ada sifat putus asa.
2. sifat sabar untuk mempelbaiki masa penyelesaian.
3. sentiasa mepertingkatkan kemahiran iaitu mempelajari kemahiran dan teknik baru
4. meningkatkan kemahiran jari dan tangan bagi memudahkan kiub digerakan
5.menggunakan pelincir yang berkesan untuk rubik's cube
6. menggunakan rubik's cube yang sesuai
7. sentiasa meningkat kelajuan dari masa ke semasa


BAGAIMANA NAK BELAJAR "SPEEDCUBING" NI?

untuk mempelajari hobi ini, ada banyak video yang boleh diikuti melalui laman sesawang Youtube dan yang lain-lain. untuk formula/algoritma, anda boleh cari di mana-mana laman sesawang yang mengajar bagaimana menyelesaikan rubik's cube dengan cepat.

di bawah merupakan link/pautan youtube yang menceritakan rekod SPEEDCUBING saya sejak saya mendalami hobi ini,


sekian itu sahaja entri untuk kali ini..selamat mengenali hobi baru. :-)









Selasa, 11 Jun 2013

ciri-ciri HotWheels $uper Trea$ure Hunt 2013 ('71 Dodge Demon)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Alhamdullilah $uper Trea$ure Hunt 2013 telahpuun diketahui semuanya. Entri pada hari ini ialah memberi sudut pandangan melalui foto-foto yang saya ambil. kita boleh lihat $TH yang terakhir ini agak menarik dari segi tampo dan warna model. saya minta maaf kerana semua gambar ni agak kabur dan kurang kualiti kerana saya menggunakan kamera telefon.






Nama Model : 1971 Dodge Demon
Warna : Biru kilat
Tampo : Api putih dan kuning, garis hitam
Logo TH : bahagian tepi belakang.











Gambar di bawah ni merupakan logo TH. lokasi logo ini adalah pada bahagian belakang tepi model. ala-ala tempat isi minyak la orang katakan..:-)

 Ini pula gambar belakang model. tidak ada proses penelitian untuk membuat tampo dan lampu pada bahagian belakang. 

Pada bahagian atas, model ini bertampo api kuning dan putih,dan dua garis hitam pada bahagian bonet model.

 Bahagian depan model, tampo pada bonet jelas kelihatan. warna perak pada bahagian tapak jelas pada bahagian lampu dan tidak ada proses penelitian untuk itu.

bahagian bawah/tapak model bewarna perak, dan diperbuat daripada plastik.

bahagian belakang carded dan model loose. Bahagian carded ni terdapat pelbagai variant, bergantung pada tempat carded itu dikeluarkan.

 gambar model dalam keadaan dekat. (kuailit agak kurang kerana mengunakan kamera telefon)

gambar bahagian depan carded serta model loose.



Sekian itu sahaja entri untuk hari ini. selamat memburu kereta kecil! :-)

Jumaat, 7 Jun 2013

2013 Hotwheels Treasure Hunt ke-14 (Mazda RX-7)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Entri hari ini mengenai Treasure Hunt ke-14 untuk tahun 2013. hanya tinggal 1 TH yang belum diketahui. TH ke-14 iaitu Mazda RX-7. dibawah ini merupakan gambar model tersebut.

sumber gambar : http://japanesenostalgiccar.com

Gambar di atas merupakan model TH tersebut. model ini mempunyai logo api pada bahgian sisi behampiran pintu model bewarna biru. 

sumber ; http://lamleydlm.blogspot.com

model ini bewarna kelabu/silver bertampokan hitam dan dua warna biru.

Sekian itu sahaja untuk entri kali ini. selamat memburu kereta kecil! :-)

Ahad, 2 Jun 2013

Perbezaan Hotwheels $uper Trea$ure Hunt Camaro 69' 2012 dan 2013

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Sudah hampir pertengahan tahun 2013, nampaknya semua $TH telahpun diketahui untuk tahun ini. sebahagian $TH pada tahun ini ada yang sama sepeti tahun lepas. antaranya ialah Camaro 1969.

 pada entri kali ini, saya akan membandingkan $uper Treasure Hunt Camaro 69' tahun ini dan juga tahun lalu. (2012 dan 2013). gambar di abwah merupakan kedua-dua model yang sama pada tahun yang berbeza,












di sebelah kiri, model ini merupakan $TH untuk tahun 2013 dan di sebelah kiri pula merupakan model $TH 2012. 

bahagian depan model. warna kedua-dua model adalah berbeza. camaro $TH 2012 bewarna hitam dan bergaris merah dan $TH 2013 bewarna merah bergaris putih.

 Bahagian tepi model. kedua dua model menggunakan jenis tayar getah yang sama. namun model camaro $TH 2012 mempunyai garis merah pada bahagian tepi tayar.

bahagian siss belakang model mempunyai logo TH.

Bahagia dalaman pula bagi camaro $TH 2012 bewarna merah dan bagi $TH 2013 pula bewarna biru. warna bahagian dalaman mengikut warna garis tampo pada bahagian luar model.

Bahagian depan model. camaro $TH 2012 mempunyai lapisan hadapan bewarna sperak dan $TH 2013 pula bewarna hitam.

Sekian itu sahaja perbandingan untuk entri pada kali ini.selamat memburu kereta  kecil! :-)

Popular Posts