Disebalik hobi "speedcubing"
Assalamualaikum dan salam 1 malaysia,
Setelah lama tidak menulis entri, kali ini saya ingin kongsikan kepada anda tentang satu hobi yang kian dilupakan oleh sebilangan orang muda. hobi yang saya maksudkan ialah menyelesaikan Rubik's cube. nama lain bagi hobi ini ialah "speedcubing". hobi ini telah lama saya pelajari sejak dari saya tingkatan lima (2009) lagi. pada masa itu, tidak tahu kenapa ramai orang yang yang tergila-gilakan hobi ini. sedangkan Rubik's Cube telah lama ada di dunia ini sejak dari 1980 lagi.
APA ITU SPEEDCUBING?
Dalam bahasa melayu, speedcubing bermaksud kelajuan dalam sebuah kiub. tiada erti lain yang dapat dikatakan sebab itulah pemain Rubik's cube hanya menggunakan bahasa inggeris. SPEEDCUBING bermaksud kelajuan seseorang menyelesaikan rubik's cube dalam masa yang terpantas.
ADAKAH SPEEDCUBING ITU SATU HOBI?
Speedcubing boleh dikatakan sebagai satu hobi kerana seseorang individu akan menyelesaikan rubik's cube pada masa lapang. Tidak kira kita di mana, di pejabat, rumah,sekolah dan tandas sekalipun kita boleh bermain benda kecil ini. Tidak kira apa kita lakukan pada masa itu, kita boleh memanfaakan masa yang kita guna.
ADAKAH HOBI SPEEDCUBING INI MEMPUNYAI TAHAP-TAHAP TERTENTU?
tahap terpulang pada individu. bagi saya, tahap-tahap speedcubing bergantung pada masa penyelesaian yang dibuat, dibawah merupakan tahap-tahap yang saya dapat simpulkan.
tahap terpulang pada individu. bagi saya, tahap-tahap speedcubing bergantung pada masa penyelesaian yang dibuat, dibawah merupakan tahap-tahap yang saya dapat simpulkan.
4-7 Saat ; World Expert
8-14 Saat : Tournament Expert
15-23 Saat : Expert
25-40 Saat : Intermediate
40-60 Saat : Amateur
1 Minit dan keatas ; peringkat awal mendalami hobi ini
ADAKAH HOBI SPEEDCUBING INI TIDAK MEMBOSANKAN?
semestinya tidak membosankan. jikalau ada minat, anda akan berusaha untuk mempertingkatkan kelajuan,masa dan kemahiran yang sedia anda untuk menyelesaikan Rubik's cube.
APA TIPS UNTUK MENCEBURI HOBI INI?
Tips yang saya dapat bagi untuk menceburi hobi ini ialah,
1. anda perlu ada sifat optimis iaitu sentiasa positif yang tidak ada sifat putus asa.
2. sifat sabar untuk mempelbaiki masa penyelesaian.
3. sentiasa mepertingkatkan kemahiran iaitu mempelajari kemahiran dan teknik baru
4. meningkatkan kemahiran jari dan tangan bagi memudahkan kiub digerakan
5.menggunakan pelincir yang berkesan untuk rubik's cube
6. menggunakan rubik's cube yang sesuai
7. sentiasa meningkat kelajuan dari masa ke semasa
BAGAIMANA NAK BELAJAR "SPEEDCUBING" NI?
untuk mempelajari hobi ini, ada banyak video yang boleh diikuti melalui laman sesawang Youtube dan yang lain-lain. untuk formula/algoritma, anda boleh cari di mana-mana laman sesawang yang mengajar bagaimana menyelesaikan rubik's cube dengan cepat.
di bawah merupakan link/pautan youtube yang menceritakan rekod SPEEDCUBING saya sejak saya mendalami hobi ini,
sekian itu sahaja entri untuk kali ini..selamat mengenali hobi baru. :-)
Ulasan
Catat Ulasan