Selasa, 3 Disember 2013

Hotwheels Volkswagen Kool Kombi Palestine Edition

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia,

setelah lama tidak mengemaskinikan blog,rasanya sudah hampir 3-4 bulan, baru sekarang ada masa untuk mengemaskini. kali ini saya ingin kongsikan 1 model yang saya customkan sendiri.

model ini merupakan model pertama yang saya buat dalam kerja mengubah suai seperti ini. model ini bernama Volkswagen Kool Kombi, dimana Hotwheels mengeluarkan model ini pada tahun 2013.

tema yang saya pilih iaitu "bendera Palestine". saya memilih tema ini kerana saya mengikuti perkembangan semasa tentang negara itu sendiri. dalam enrti kali ini, saya kaan menceritakan proses yang saya lalui sepanjang melakukan proses ubahsuai/custom ini.

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah membuka rivet pada tapak model

proses seterusnya iaitu membuka cat menggunakan "paint remover"



lapisan pertama cat bewarna putih

 persediaan untuk lapisan kedua, memerlukan pita yang agak banyak

Hasil lapisan kedua, cat bewarna hijau

proses seterusnya, cat bewarna hijau

lapisan keempat, iaitu cat bewarna merah, dimana proses cat model hampir siap.

proses perincian cat luaran, cat lampu, logo VW dan sebagainya.



2 gambar diatas merupakan proses perincian cat dalaman model ni, cat ini perlu menggunakan berus ataupun cat sembur kerana ruang yang digunakan agak sempit. 

 proses terakhir yang saya buat ialah menambah 2 exzos besar di belakang model.

setelah 2 minggu membuat pengubahsuaian/custom ini, gambar-gambar dibawah merupakan hasilnya, enjoy!














Selasa, 6 Ogos 2013

Sedihnya Bila Ramadhan Berakhir

Assalamualaikum
Sumber gambar : www.fauzulazim.com


Sedar tak sedar, kita sudah menghampiri Syawal. Ya Allah, ramadhan semangkin habis, semangkin hampir ke pengakhirnya. Bulan ramadhan akan meninggalkan kita. ada banyak persoalan yang boleh saya buat untuk saya sendiri (ataupun pembaca) fikirkan.

Nikmatkah Ramadhan pada tahun ini??
-mestilah nikmat, kita dapat makan sedap-sedap,dapat makan moreh selepas tarawih.
BUKAN itu yang kita nak,
-nikmat ramadhan ialah amal kita yang kita lakukan selama 30 hari. puasa yang kita laksanakan perlulah disi dengan zikir, bacaan Al-Quran, solat sunat, tarawih dan banyak lagi..

Berpuasakah kita ramdhan kali ini?
-mestilah, puasa saya penuh, tidak lupa sahur, dan menahan lapar dan minum dan selainya.
BUKAN itu yang kita nak,
-puasa yang kita nak pada bulan mulia ini ialah rasa insaf dan sedar bahawa ada berjuta orang di negara islam yang lain menderita bahawa mereka tidak makan dan minum, malah ada yang tidak sahur dan berbuka pun selamat sebulan. selain itu, puasa yang kita nak ialah bukan setakat menahan nafsu makan, nafsu syahwat dan hati juga perlu diambil kira. dapatkah kita mengawal nafsu kita melihat benda-benda yang tidak baik? dapatkah kita menahan dari bercakap yang tidak baik? dapatkah kita menahan diri kita daripada mengatakan hal orang lain? dapatkah kita menahan marah? dapatkah kita mengawal sabar? dapatkah kita mengawal rasa gelisah? dapatkah kita menjaga hati?
saya bertanya pada diri ini.

bagaimana momentum kita ramadhan kali ini?
-errrr...1-10 ramadhan saya hari-hari tarawih, 11-20 ramadhan saya ada tarawih dan ada juga tidak.sibuk dengan kerja di rumah. 21-30 saya ada juga Laaaaaaaah tarawih, saya sibuk cari baju raya, baju melayu, dan macam-macam lagi.
BUKAN itu yang kita nak,
momentum yang kita nak di bulan mulia ini ialah momentum yang kekal dari 1 ramadhan sehinggalah malam pertama syawal. bukan sahaja kekal, tetapi kita perlu tingkatkan dari masa ke semasa ramadhan. jika pada malam pertama ramadhan kita sudah banyak membuat amal, makan malam seterusnya perlu ditingkatkan lagi. bukanya BERKURANG! kita boleh lihat sendiri solat tarawih di masjid, pada malam pertama, saff penuh sampai kat luar surau. sehinggakan ada yang tidak dapat tarawih. tapi cuba kita lihat pada malam 25-30 ramadhan, saff tinggal 1-2 baris lagi. ada yang hanya 4-5 orang sahaja yang tinggal. ini kah MOMENTUM ramadhan yang kita mahu? adakah keadaan sebegini dilihat baik? tidak, jika ramadhan kali ini kita berbuat sedemikian, sedarlah, ramadhan yang akan datang masih jauh, sangat sangat jauh!!!

SEDIHkah kita meninggalkan ramadhan kali ini?
-emmmm emmmm sedih kot, sebab saya exited nak raya dah ni.
BUKAN itu yang kita nak,
jawapan seperti ini akan dijawab oleh ramai orang. kita sepatutnya sedih, sangat-sangat sedih!!!. dengan amal yang kita buat, dapatkah kita hitung???? dengan 30 hari ramadhan yang kita gunakan, adakah itu mencukupi??? adakah amal kita diterima Allah? adakah niat kita betul dan diredhai Allah? kita sepatutnya sangat bersedih. kita sepatutnya sedih kerana bertapa SIKITnya amal ramadhan yang kita lakukan pada tahun ini jika dibandingkan dengan benda lain. 

-ala...ramdhan tahun depan masih ada lagi lah..boleh amal lagi....
ramadhan tahun hadapan?????
-Allah yang menentukan umur kita, bukan KITA. jikalau ramadhan tahun hadapan tidak ada bagi kita bagaimana? bagaimana wahai diri???? jikalau kita tidak dapat mengejar amal,pahala dan kebaikan ramadhan kali ini, tahun depan belum tentu bersama kita, belum tentu....AMATlah belum tentu.

Wahai diri, sementara ada tinggal beberapa detik masa lagi ramadhan kali ini, manfaatkanlah selagi ada saat ini. di pengakhir ramadhan ini, diri ini akan rasa kehilangan dan menyesal jika ramadhan tidak digunakan sepenuhnya.
Wahai diri, penuhilah rasa kesyukuran yang kita dapat. ya, ya dan ya insyaAllah ramadhan tahun hadapan akan menyusul jika Allah membenarkan umur kita sampai di situ,

InsyaAllah.....



Selasa, 16 Julai 2013

Hotwheels Super Treasure Hunt ke-3 2014 (Camaro ZL1)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Entri pada kali ini adalah berkaitan dengan entri sebelumnya. entri sebelumnya telah mampamerkan $TH ke-2 dan kali ini pula giliran $TH ke-3 untuk tahun 2013. model kali ini adalah camaro ZL1. model ini mendapat sambutan yang hangat sejak tahun sebelumnya. kalin ini giliran model ini menjadi model yang agak sukar dicari untuk tahun 2014.

Sumber gambar : ebay.com
sumber informasi : t-hunted.blogspot.com

seperti di dalam gambar,model Camaro ZL1bewarna merah terang (maroon), dan mempunyai logo TH  pada bahagian belakang model. saya percaya model ini akan menjadi $TH 2013 yang terhangat pada tahun tersebut. sekian ini sahaja untuk entri kali ini. selamat memburu ereta kecil! :-D




Isnin, 15 Julai 2013

Super Treasure Hunt ke-2 ($TH) 2014 Sandblaster

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Entri hari ini berkaitan dengan hotwheels, setelah super treasure hunt 2013 telahpun diketahui semua, begitu juga super treasure hunt tahun 2014 yang pertama, kini giliran $TH ke-2 pula. $TH ke-2 ini melibatkan model truck ataupun lebih dikenali sebgai 4x4 models. bagi peminat model-model sebegini, sememangnya $TH ke-3 ini menjadi perhatian para penggumpual Hotwheels. 

sumber gambar : ebay.com
sumber informasi : t-hunted.blogspot.com

model kali ini bewarna hijau, dan terdapat tampo TH pada bahagian belakang model

Rabu, 10 Julai 2013

Alhamdullilah,Ramadhan datang lagi...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Alhamdullilah kita ditemukan lagi bulan yang paling mulia diantara bulan yang lain. Ramadhan merupakan bulan yang paling dinantikan oleh umat islam di muka bumi ini. Umat islam bukan sahaja menanti bulan ramadhan untuk berpuasa untuk kesihatan perut, malah ganjaran pahala itulah yang dinantikan. bayangkanlah, pada bulan biasa, pahala yang kita dapat melalui amal kita tidak dapat menandingi pahala pada bulan ramadhan. pahala di bulan ini amatlah besar sehinggalah berpuluh kali ganda lebih tinggi dari bulan yang lain.

Bulan ramadhan juga membuka peluang bagi semua umat manusia untuk menyedari bahawa besarnya bulan Ramadhan ini. bulan ramadhan menyimpan 1000 kebaikan yangtidak dapat dilihat. dengan datangnya bulan ini, keimanan dan ketakwaan seseorang itu boleh dipupuk dan dilatih pada bulan ini. dengan aktiviti harian seperti sahur, membaca  Al-Quran, Berbuka dan Solat Tarawih, keimanan dan ketakwaan seseorang itu akan dapat diperbaiki dan akan lebih dekat dengan Allah.

Sesetengah manusia akan boros berbelanja semasa berbuka puasa dan menggunakan masa siang untuk tidur.Bulan Ramadhan juga bukan untuk kita menambah sifat negatif seperti boros berbelanja, pemalas,tetapi bulan yang mulia dan berkat ini perlu dimanfaatkan dengan benda yang lebih baik dari itu.

(gambar hiasan daripada laman sesawang facebook iaitu Chegu Se'ni)

Oleh itu, sebagai umat islam, ramadhan yag datang ini perlulah dihargai dan dimanfaatkan. inilah peluang kita untuk mempelbaiki amal ibadah kita sebagai seorang muslim. Dengan hati yang ikhlas dan tenang,InsyaAllah amal yang kita lakukan itu diterima disisi Allah.



Isnin, 8 Julai 2013

First Hotwheels Super Treasure Hunt 2013 (72 Ford Gran Torino Sport)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Entri kali ini berkaitan dengan $uper trea$ure Hunt. namun, $TH yangs saya ingin terangkan disini ialah $TH yang pertama keluar pada tahun 2013 iaitu 72 Ford Gran Torino Sport . walaupun tahun keluar tahun 2013, tetapi pengeluaran produk telah berlaku lebih awal dari tahun sepatutnya. seperti yang kita tahu, sejak dari tahun 2012 lagi, $TH mula diketahui melalui model-model daripada siri-siri yang biasa (regular) dan bukan lagi dari TH seperti tahun 2011 dan sebelumnya. Tahun 2013 juga melibatkan sistem yang sama. 

Di bawah merupakan beberapa gambar yang ada untuk model ini. terdapat 2 model yang sama namun rupa luran yang berbeza semua gambar dibawah mempunyai 2 ciri yang berlainan dimana 1 model biasa (regular, dan satu lagi $uper Trea$ure Hunt.

 
Nama model :  72 Ford Gran Torino Sport
Tahun pertama keluaran : 2011
Medium/bahan : Badan (besi), tapak (pelastik)
Warna : regular ( biru muda), $uper (biru tua)
Tayar : regular (pelastik), $uper (getah) 
Tampo : K&N bewarna putih, garis hitam, oren dan merah.

Pandangan hadapan model.


dari pandangan atas depan, kelihatan model regular tidak ada tampo pada bahagian bonet model. $TH pula terdapan tampo tambahan K&N...


gambar berfokuskan pada bahagian atas dan dalam model.


 Pandangan belakang model.warna badan model menjadi jurang untuk membezakan yang mana biasa dan yang mana model terhad.

 Bahagian bawah model. kedua-duanya hapir sama yang cuma membezakan tayar model. regular hanya menggunakan tayar pelastik amankala $TH mengunakan tayar getah dan ada corak pada tayar.

Gamabr di bawah ini pula merupakan beberapa sesi penggambaran model-model ini.




Sekian itu saha untuk entri pada kali ini. diharap entri ini dapat membantu anda mengenali $TH dan model biasa untuk model pertama 2013..selamat memburu kereta kecil




Selasa, 2 Julai 2013

My Hotwheels Diorama (1:64)

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

entri kali ini adalah berkaitan dengan entri yang lepas iaitu diorama Hotwheels. Namun, entri sebelum ini hanya menunjukan proses pembinaan diorama tersebut. kali ini saya akan menunjukan sedikit sebanyak gambar diorama yang telah saya hasilkan.

untuk proses penghasilan dan pembuatan diorama, sila pergi ke pautan ini,

Gambar-gambar di bawah ini menunjukan beberapa sesi photoshoot diorama ini.

Pelan keseluruhan Diorama Hotwheels skala 1:64

Papan tanda yang terdapat di dalam diorama ini.



salah satu bangunan yang terdapat di bahagian tengah plan diorama.




Lampu jalan. bahan yang digunakan adalah mentol 2.2 V menggunakan kuasa sel kering.






Jalan tidak bertar ini dikhaskan untuk kenderaan berat dan 4x4.




salah satu jalan raya  untuk ke tingkat atas bangunan.




Bahagian pintu utama garaj bangunan.

Tingkat atas bangunan.



sebahagian gambar.

jalan bertar dan jalan tidak bertar..

Pakir pada bahagian depan bangunan.

















Sekian itu sahaja untuk entri pada kali ini,

untuk proses penghasilan dan pembuatan diorama, sila pergi ke pautan ini,
Proses penghasilan Diorama

Untuk template bangunan, sila komen untuk mendapatkan template melalui email.


Popular Posts