Alhamdullilah,Ramadhan datang lagi...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Alhamdullilah kita ditemukan lagi bulan yang paling mulia diantara bulan yang lain. Ramadhan merupakan bulan yang paling dinantikan oleh umat islam di muka bumi ini. Umat islam bukan sahaja menanti bulan ramadhan untuk berpuasa untuk kesihatan perut, malah ganjaran pahala itulah yang dinantikan. bayangkanlah, pada bulan biasa, pahala yang kita dapat melalui amal kita tidak dapat menandingi pahala pada bulan ramadhan. pahala di bulan ini amatlah besar sehinggalah berpuluh kali ganda lebih tinggi dari bulan yang lain.

Bulan ramadhan juga membuka peluang bagi semua umat manusia untuk menyedari bahawa besarnya bulan Ramadhan ini. bulan ramadhan menyimpan 1000 kebaikan yangtidak dapat dilihat. dengan datangnya bulan ini, keimanan dan ketakwaan seseorang itu boleh dipupuk dan dilatih pada bulan ini. dengan aktiviti harian seperti sahur, membaca  Al-Quran, Berbuka dan Solat Tarawih, keimanan dan ketakwaan seseorang itu akan dapat diperbaiki dan akan lebih dekat dengan Allah.

Sesetengah manusia akan boros berbelanja semasa berbuka puasa dan menggunakan masa siang untuk tidur.Bulan Ramadhan juga bukan untuk kita menambah sifat negatif seperti boros berbelanja, pemalas,tetapi bulan yang mulia dan berkat ini perlu dimanfaatkan dengan benda yang lebih baik dari itu.

(gambar hiasan daripada laman sesawang facebook iaitu Chegu Se'ni)

Oleh itu, sebagai umat islam, ramadhan yag datang ini perlulah dihargai dan dimanfaatkan. inilah peluang kita untuk mempelbaiki amal ibadah kita sebagai seorang muslim. Dengan hati yang ikhlas dan tenang,InsyaAllah amal yang kita lakukan itu diterima disisi Allah.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Hot Wheels Paling Terhad di Dunia (Top 10 Limited / Rarest Hot Wheels in the World!

Biodata Pemegang Rekod Dunia Rubik's Cube Feliks Zemdegs (biography of feliks zemdegs)

Apa itu Error dalam Hot wheels? "what is Error in Hot Wheels?"