Disebalik hobi "speedcubing"
Assalamualaikum dan salam 1 malaysia, Setelah lama tidak menulis entri, kali ini saya ingin kongsikan kepada anda tentang satu hobi yang kian dilupakan oleh sebilangan orang muda. hobi yang saya maksudkan ialah menyelesaikan Rubik's cube. nama lain bagi hobi ini ialah "speedcubing". hobi ini telah lama saya pelajari sejak dari saya tingkatan lima (2009) lagi. pada masa itu, tidak tahu kenapa ramai orang yang yang tergila-gilakan hobi ini. sedangkan Rubik's Cube telah lama ada di dunia ini sejak dari 1980 lagi. APA ITU SPEEDCUBING? Dalam bahasa melayu, speedcubing bermaksud kelajuan dalam sebuah kiub. tiada erti lain yang dapat dikatakan sebab itulah pemain Rubik's cube hanya menggunakan bahasa inggeris. SPEEDCUBING bermaksud kelajuan seseorang menyelesaikan rubik's cube dalam masa yang terpantas. ADAKAH SPEEDCUBING ITU SATU HOBI? Speedcubing boleh dikatakan sebagai satu hobi kerana seseorang individu akan menyelesaikan rubik's