Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 10, 2013

Alhamdullilah,Ramadhan datang lagi...

Imej
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Alhamdullilah kita ditemukan lagi bulan yang paling mulia diantara bulan yang lain. Ramadhan merupakan bulan yang paling dinantikan oleh umat islam di muka bumi ini. Umat islam bukan sahaja menanti bulan ramadhan untuk berpuasa untuk kesihatan perut, malah ganjaran pahala itulah yang dinantikan. bayangkanlah, pada bulan biasa, pahala yang kita dapat melalui amal kita tidak dapat menandingi pahala pada bulan ramadhan. pahala di bulan ini amatlah besar sehinggalah berpuluh kali ganda lebih tinggi dari bulan yang lain. Bulan ramadhan juga membuka peluang bagi semua umat manusia untuk menyedari bahawa besarnya bulan Ramadhan ini. bulan ramadhan menyimpan 1000 kebaikan yangtidak dapat dilihat. dengan datangnya bulan ini, keimanan dan ketakwaan seseorang itu boleh dipupuk dan dilatih pada bulan ini. dengan aktiviti harian seperti sahur, membaca  Al-Quran, Berbuka dan Solat Tarawih, keimanan dan ketakwaan seseorang itu akan dapat diperbaiki dan