Ahad, 3 Februari 2013

Karya-karya Hujung Tahun 2012

Asalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

entri pada kali ini tidak ada kena mengena dengan Rubik's Cube mahupun Hot Wheels :-).. entri pada kali ini  lebih kepada pengisian amsa lapang pada hujung tahun 2012. hujung tahun lalu, masaku lebih terisi dengan mengahsailkan beebrapa karya. aku berkarya ni untuk melatih dairi sebab aku bukanya pandai melukis sangat, jadi dengan melatih diri pada masa-masa yang terluang, dapatlah aku mengahsilkan karya secara kecil-kecilan,
ni karya pertama, kalau x silap, aku buat pertengahan bulan november tahun lalu, karya ni menggambarkan rumah aku di Kota Belud..

Nama : Rumahku
Tahun : 2012

Karya dibawah merupakan abstrak. sebenarnya kerya ni dah siap, cuma lupa ambil gambar yang dah siap, jadi letak proses je la. kerya ni menggambarkan hobi aku, terdapat gitar, rubik's cube didalam karya ni bebentuk abstrak.


Tajuk : My Hobby
Tahun : 2012

Karya ketiga pula bertemakan alam semula jadi. karya di bawah dibuat bedasarkan di sebuah sungai di Mulu,Sarawak. karya ini berpandukan pada sebuah gambar ketika saya dan rakan sepengajian mengikuti Program Kembara Seni Visual 2011 yang lalu. jadi karya ini merupakan kenang-kenangan dan diadaptasikan diatas kanvas.

 Tajuk : Memory from Mulu
Tahun : 2012

Karya dibawah merupakan karya ke-4 saya pada bulan disember 2012. karya ini merupakan karya terakhir saya pada tahun itu kerana karya ini siap 2-3 hari sebelum tahun 2013. karya ini bertemakan empati. empati yangs aya maksudkan di sini merupakan rasa sebak dan sedih yang saya sendiri alami melihat rakyat palestin dizalimi oleh rejim zionis. oleh itu, saya menghasilkan karya khas untuk negara palestin yang tercinta.


Tajuk : Freedom For Palestine
Tahun : 2012

Karya di bawah pula mennujukan flora iaitu teratai yang dipandang dari atas secara visualya. karya ini dinamakan teratai II kerana aku telah menghasilkan karya teratai I pada tahun 2011.jadi insyaAllah teratai III akan dibuat pada tahun 2013 pula..:-) karya ini saya buat sebelum saya balik ke tempat saya menuntut ilmu. oleh kerana masa masih lapang pada masa itu, saya menghasilkan karya ini. karya ini bermula saya buat 2 hari terakhir 2012 dan siap pada tahun 2013. oleh itu ini merupakan karya 2013 pertama aku.


Tajuk Karya : Teratai II
Tahun : 2013


Gambar di bawah ni merupakan tempat aku berkarya. agak semak, tetapi itulah realiti seni.media yang aku gunakan Poster Colour je. sebab tempat aku ni susah nak vari media akrilik dan cat minyak, jadi gunalah apa yang ada.


 Easel pertama buatan tangan sendiri. agak kukuh, dibuat dari bahan terbuang.


 Kanvas putih yang telah dilakarkan rangka karya pertama iaitu Rumahku


Kanvas untuk karya abstak My Hobby telahpun siap dicat warna putih



Gambar-gambar dibawah merupakan geleri seni mini yang aku buat di rumahku. geleri ini belum lagi
siap kerana sebahagian karya ku tertinggal di Sarawak. 



Sekian sahaja untuk entri pada kali ini. diharap pengisian masa lapang dimanfaatkan sepenuhnya bersama.. selamat beristirehat!  :-)

Popular Posts