Rabu, 27 Februari 2013

Super Treasure Hunt 2013 ke-11 (69 Camaro) The 11th Super Treasure Hunt 2013 hotwheels

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia,
hampir 2 bulan tahun 2013 telahpun berlalu, penantian collector2 hampir tejawab kerana Hotwheels $TH ke-11 telahpun diketahui. Namun, model ini belum ada di pasaran kerana wave case untuk model ini belum keluar. namun, pencaran saya melalui internet dan sumber-sumber yang boleh saya percayai , model $TH ke-11 telahpun diketahui.

Gambar di bawah merupakan $TH 2013 yang terbaru iaitu 69 Camaro. model ini berwarna  merah gelap, mempunyai dua garis pada bahagian atas kereta, hiasan dalaman bewarna  putih. 

(sumber : T-hunted.blogspot.com)
$TH ke-11 2013


Namun,  model $TH hampir sama dengan $TH 2012 yang lalu. $TH yang lalu bewarna hitam, dua garis merah pada atas kereta, hiasan dalaman bewarna merah.

 $TH 2012-camaro 69

untuk mengetahui senarai-senarai $uper Trea$ure Hunt 2013, sila klik pada dua pautan/link di bawah,

Senarai $uper TH 2013 (1-9)
$uper TH 2013- kesepuluh (ford ranchero)

Setekat itu sahaja entri pada hari ini. diharap Hunting yang kita buat boleh jumpa model ini. selamat memburu kereta kecil! :-D

Jumaat, 22 Februari 2013

Hotwheels Treasure Hunt 2013 ke-8 (Prototype H-24) 8th Treasure Hunt Hotwheels 2013

Asalamualaikum dan salam 1 Malaysia,
setelah muncul $uper Treasure Hunt ke-10, kali ini muncul pula regular Treasure Hunt ke 8 iaitu Prorotype  H-24. model ini muncul setelah kotak case H.kotak ini menempatkan TH jenis ini, namun, agak sukar melihat lambang TH (logo api) kerana ianya tersembunyi di bawah (skirt kereta).
 kita lihat gambar di bawah,

Sumber : t-hunted.blogspot.com

sekali pandang, model ini hampir sama dengan beberapa model yang lain. dalam set HW racing, terdapat beberapa kereta yang hampir sama dengan model ini, yang cuma membezakan ialah bentuk geometri kereta dan logo tersebut. logo tersebut bewarna merah dan terletak di tepi bawah kereta.
agak mengembirakan kerana case H ini sudah dipasarkan di malaysia.
Jikalau anda belum mengetahui senarai-senarai Treasure Hunt 2013 yang lain, bolehlah melayari pautan/link di bawah,


oleh itu, memandangakn model ini agak sukar dikesan dengan sekali imbas, maka kita perlu teliti untuk mengenal pasti jenis model yang berada di pasaran.. selamat memburu kereta kecil! :-D

Jumaat, 15 Februari 2013

Super Treasure Hunt 2013 ke-10, '72 Ford Ranchero (The 10th Hotwheels Super Treasure Hunt 2013)

Asalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

setelah lama penantian dari pihak Mattel, akhirnya muncul juga SUPER TREASURE HUNT 2013 yang kesepuluh iaitu 72 Ford Ranchero.. pada tahun-tahun lepas, model ini banyak dikeluarkan. namun, pada tahun ini, pihak Mattel telah memutuskan model ini menjadi $uper TH.

Di bawah merupakan gambar $uper yang kesepuluh, saya ambil dari sebuah blog yang mengemaskini model-model $TH. $TH 72 ford ini bewarna ungu terang dan terdapat logo TH pada tepi sebelah pintu kereta.

sumber gambar : t-hunted.blogspot.com

Gambar di bawah merupakan gambar penuh sekali dengan kad.
sumber gambar : t-hunted.blogspot.com

Jika anda ingin mengetahui senarai SUPER TREASURE HUNT 2013 yang lain, senarai $TH pertama hingga kesembilan, sila lawati 'link' ini,

(  SENARAI SUPER TREASURE HUNT 2013 )

sekian untuk entri pada kali ini, selamat memburu kereta kecil! :-D


Isnin, 11 Februari 2013

Umat Islam Tidak Boleh Menyambut Valentine's Day

Asalamualaikum dan salam 1 Malaysia,



Bulan Febuari meruapakan suatu bulan yang ditunggu-tunggu oleh para remaja. tidak kira remaja itu berada di pelusuk dunia mana pun, bulan ini amat isitmewa bagi mereka. (kononlah).  perayaan 14 febuari iaitu valentine day adalah sambutan yang kita tidak boleh sambut. Rntri hari ini saya akan kongsikan serba sedikit tentang beberapa sejarah dan fakta apa yang berlaku pada 14 febuari ini, sebelum itu, saya akan menceritakan serba sedikit pengenalan perkataan VALENTINE itu,

Nama Sebenar :saint Valentine`s Day
Nama yang diringkaskan :Valentine`s Day. 
Nama dari Sweden : Alla hjärtans dag "Hari Semua Jantung (Hati)", 
Nama Dari Findland  : Ystävänpäivä (Hari Persahabatan)
 Di Malaysia : Hari Kekasih
Apabial dikaji dan dinilai, kita dapat lihat bahawa Valentine's Day ini tidak ada kena mengena dengan sambutan hari kekasih. perayaan ini lebih kepada tokoh2 yang memperjuangkan dan rasa cinta atas perjuangan. namun, para remaja sekarang tidak tahu apa yang ada pada 14 febuari ini. 
Valentine`s Day adalah suatu hari yang disambut pada 14 febuari oleh sesetengah masyarakat dunia sebagai memperingati tokoh-tokoh kristian. Setelah kematian beberapa pahlawan kristian yang bernama Saint Valentine, perayaan ini mula dirayakan oleh Pope Gelasius pada tahun 496.  Pada zaman dahulu, perayaan ini disambut dengan meluahkan cintanya antara satu sama lain dengan cara menghadiahkan bunga, gula-gula atau coklat, dan menghantar kad ucapan yang dikenali sebagai (Valentines). namun, pada zaman sekarang, sembutan ini menjadi lebih teruk karana disalahgunakan sehinggakan pergaulan bebas seperti bercumbuhan dan juga seks bebas.
Di sini, saya akan kongsikan kepada anda kenapa kita sebagai umat islam tidak boleh menyambut hari kekasih ini,
FAKTA PERTAMA :Valentine’s Day bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.
FAKTA KEDUA :Dalam lagenda Greek pula, Eros telah jatuh cinta kepada Psyche  di Gunung Helion. Kemudiannya, dibina sebuah kuil di gunung tersebut sebagai menghormati mereka berdua. Sebelum Psyche dilahirkan, Aphrodite, emak Eros telah memberi sumpahan kepada bapa Psyche`s  kerana merendah-rendahkan kecantikannya diseluruh Athens. Dia membiarkan anak perempuannya hidup tanpa cinta. Beberapa tahun kemudian, Eros mengembara dengan ikan lumba-lumba untuk memimpin dua bintang cinta bersilang, Pyramus dan Thisbe. Tiba-tiba ribut kilat telah menimpanya dan membawanya ke kaki gunug Helion. Pada paginya, Psyche telah  berjalan dipantai. Desiran langkah kaki Psyche telah membangunkan Eros, lantas Eros jatuh cinta kepadanya. Aphridite amat marah apabila mengetahui anaknya tidak melaksanakan sumpahnya, lantas dia menyuruh kekasihnya Ares menikam Psyche dengan tombak. 14 Februari adalah hari kematian Psyche, dan Eros berjanji tidak akan bercinta lagi, serta akan menyebarkan cinta keseluruh dunia.
FAKTA KETIGA : Valentine’s Day diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.
FAKTA KETEMPAT : sambutan 14 febuari ini bertujuan bagi memperingati St. Valentine bagi simbol ketabahan kerana menkhawinkan orang-orang kristian secara rahsia. Pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pergaduhan dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. 
Oleh itu, kita sebagai Umat islam tidak boleh merayakan hari seperti ini. Sebagai umat islam, rasa cinta itu kita boleh luahkan melalui satu cara yang berlandaskan syariat iaitu PERKHAWINAN. Namun sebagai rakyat malaysia, kita kena menghormati budaya dan agama orang lain kerana itu merupakan tonggak perpaduan cuma kita tidak boleh mengikuti jejak yang mempesongkan dari akidah yang kita sedia ada. sekian sahaja dari perkongsian saya pada hari ini.. :-D
...Say No To Valentine's...

Jumaat, 8 Februari 2013

Siri Model kartun & Permainan TV Hotwhels 2011 dan 2012 ( Hotwheels Cartoon and TV Games model series in 2011 & 2012)

Asalamualaikum dan salam 1 malaysia,
Entri kali ini berkaitan dengan Hotwheels. Kali ini saya ingin kongsikan kepada anda beberapa kereta-kereta istimewa yang dikeluarkan oleh Mettel pada tahun 2012. pada tahun 2011, tidak banyak yang dikeluarkan kereta-kereta istimewa begini. namun padat tahun 2012, terdapat banyak kereta istimewa ang dikeluarkan pada tahun 2012. beberapa model ini akan dirungkaikan dalam entri kali ini,

Kita bermula pada tahun 2011, 

model i bawah merupakan model daripada siri komik popular iaitu Batman. struktur model ini hampir keseluruhan badan menggunakan medium besi kecuali tayar.
Nama Model : Arkham Asylum Batmobile
Tahun pertama pengeluaran : 2011
komik : Batman


Model di baah merupakan salah satu model diadaptasikan daripada filem pada tahun itu iaitu A Team. Model ini digunakan didalam filem tersebut.
Nama Model : A Team Van

Tahun pertama pengeluaran : 2011
Filem : A Team




Model di bawah pula popular dengan filem "back to the future". didalam filem tersbut, model ini memiliki beberapa kuasa luar biasa dan mampu membuat beberapa tranformasi.

Nama Model : Time Machine

Tahun pertama pengeluaran : 2011
Filem : Back To The Future

sekali lagi, model di bawah merupakan model batman, dimana dikeluarkan pada tahun 2007. model ini digunakan oleh pelakon utama batman. model ini popular pada era 90 an.

Nama Model : BatMobile

Tahun pertama pengeluaran : 2007
Siri Komik/Kartun : Batman





Sekarang kita beralih pada tahun 2012,

siri pertama yang dikeluarkan pada tahun 2012 ialah the bat. model in agak unik kerana tidak ada tayar pada  model tersebut. model ini merupakan adaptasi daripada filem/kartun batman.

Nama Model : The Bat
Tahun pertama pengeluaran : 2012
Filem: Batman



Gambar di bawah merupakan keluaran dari siri permainan Angry Bird yang bernama Minion Pig. Minion Pig ataupun green pig merupakan seekor watak jahat didalam permainan Angry Bird pada ketika itu,

Nama Model : Minion Pig
Tahun pertama pengeluaran : 2012
Permainan : Angry Bird


Model Hotwheels di bawah merupakan model yang mandapat sambutan hangat kerana siri kartun ini agak popular pada era 90 an dahulu iaitu Scooby-Do. kereta ini merupakan kereta utama yang digunakan oleh hero dan heroin dalam siri kartun popular itu.

Nama Model : The Mystery Machine
Tahun pertama pengeluaran : 2012
Siri Kartun/komik : Scooby Doo


Selain daripada itu, watak baik didalam pemainan Angry Bird juga turut dikeluarkan oleh pihak Mattel. di bawah merupakan watak hero didalam permainan popular itu iaitu Red Bird. model ini mendapat sambutan di pasaran.

Nama Model : Minion Pig
Tahun pertama pengeluaran : 2012
Permainan : Angry Bird

Sekian itu entri pada kali ini, diharap anda dapat memburu beberapa model istimewa pada tahun 2011-2012 ini. entri lain saya akan merungkai beberapa model istimewa 2013 pula..selamat memburu kereta kecil! :-D


Selasa, 5 Februari 2013

Biodata Pemegang Rekod Dunia Rubik's Cube Feliks Zemdegs (biography of feliks zemdegs)

Asalamualaikum dan Salam 1 malaysia,
Entri kali ini mengenai rubik's cube. kali ini saya ingin kongsikan kepada anda tentang seseorang boleh dikatakan "lagenda muda". kenapa dipanggil lagenda muda? ini kerana umurbaru berusia 18 tahun sudah memegang beberapa Rekod Dunia Cube. Beliau akan menghadiri di mana-mana sahaja pertandingan yang dibuat bagi mengekalkan identiti dan rekod beliau.


Sedikit sejarah tenang beliau, beliau begitu kagum dan terpesona melihat video-video tutorial Rubik's Cube dalam laman sesawang.belaiu begitu tertarik dengan video ytutorial rubik's cube yang dibuat oleh Dan Brown yang bertajuk "how to solve rubik's cube" dimana saya sendiri (admin blog ini) belajar menyelesaikan rubik's cube dari video tersebut yang telah ditonton lebih dari belasan juta orang. ditambah lagi, video pada link ini membuatkan diri belau tercabar kerana kanak-kanak seusia 3 tahun dapat menyelesaikan rubiks cube kurang dari 2 minit, 
(   http://www.youtube.com/watch?v=tSqUcrFJ498  ) 
pertama kali beliau membeli rubik's cube pada april 2008. dalam masa 2 bulan, beliau mendapat rekod tidak rasmi iaitu 18.73 saat pada 14 jun 2008.


Setakat ini, beliau menggunkan cara penyelesaian yang popular iaitu teknik Fredich untuk menyelesaikan 3x3x3 cube dan mengunakan teknik CLL untuk menyelsaikan 2x2x2 cube. Pertandingan pertama yang belau menang dalam New Zealand Championship 2009 ialah 3x3x3 rubiks cube dengan cacatan 13.74 saat dalam pusingan terakhir. beliau juga memenangi 2x2x2,4x4x4,5x5x5,3x3x3 secara menutup mata, dan 3x3x3 menggunakan 1 tangan sahaja.

pertandingan seterusnya, di negera beliau sendiri, Melbourne Summer Open 2010, beliau mencatatkan 10 Rekod Rasmi Dunia terbaik iaitu 3x3x3 rubiks cube dengan cacatan 9.21 saat dan 4x4x4 dengan cacatan 42.01 saat sehinggakan media-media tempatan Australia menemuramah beliau pada waktu tersebut.

 sehingga hari ini, beliau berjaya menandingi pemegang rekod dunia dahulu,erik akkersdijk dengan cacatan 7.08, dimana rekod feliks Zemdegs ialah 7.03 saat. pada tahun 2010, belau berjaya mencatat masa kurang dari 7 saat iaitu 6.77 saat.pada tahun 2011, beliau berjaya mencatat maa terpantas di dunia iaitu 5.66 saat dan rekod ini tercatat sehingga sekarang.

di bawah ini  merupakan sedikit biodata beliau,

Nama : Feliks Zemdegs
Nama samaran : Latvian 
Negara : Melbourne, Australia. 
Tarikh lahir : 20 disember 1995. 
Senarai Rekod Dunia yang dipegang :
3x3x3 Rubik's Cube : 5.66 saat
4x4x4 cube :  26.75 saat
5x5x5 cube : 51.09 saat

ini merupakan purata terbaik rubiks cube 3x3x3 beliau,
pertama : 7.03 saat
kedua : 8.11 saat
ketiga : 8.36 saat
Keempat (REKOD) : 5.66 saat
Kelima : 7.78 saat
PURATA : 7.64 saat

Setakat itu sahaj entri pada hari ini,diharap informasi yang saya berikan dapat membri anda sedikit pengetahuan tentang lagenda muda ini. Happy Speedcubing! :-D


Sumber Rekod :
http://www.worldcubassociation.org/
Sumber Media :
www.youtube.com

Ahad, 3 Februari 2013

Karya-karya Hujung Tahun 2012

Asalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

entri pada kali ini tidak ada kena mengena dengan Rubik's Cube mahupun Hot Wheels :-).. entri pada kali ini  lebih kepada pengisian amsa lapang pada hujung tahun 2012. hujung tahun lalu, masaku lebih terisi dengan mengahsailkan beebrapa karya. aku berkarya ni untuk melatih dairi sebab aku bukanya pandai melukis sangat, jadi dengan melatih diri pada masa-masa yang terluang, dapatlah aku mengahsilkan karya secara kecil-kecilan,
ni karya pertama, kalau x silap, aku buat pertengahan bulan november tahun lalu, karya ni menggambarkan rumah aku di Kota Belud..

Nama : Rumahku
Tahun : 2012

Karya dibawah merupakan abstrak. sebenarnya kerya ni dah siap, cuma lupa ambil gambar yang dah siap, jadi letak proses je la. kerya ni menggambarkan hobi aku, terdapat gitar, rubik's cube didalam karya ni bebentuk abstrak.


Tajuk : My Hobby
Tahun : 2012

Karya ketiga pula bertemakan alam semula jadi. karya di bawah dibuat bedasarkan di sebuah sungai di Mulu,Sarawak. karya ini berpandukan pada sebuah gambar ketika saya dan rakan sepengajian mengikuti Program Kembara Seni Visual 2011 yang lalu. jadi karya ini merupakan kenang-kenangan dan diadaptasikan diatas kanvas.

 Tajuk : Memory from Mulu
Tahun : 2012

Karya dibawah merupakan karya ke-4 saya pada bulan disember 2012. karya ini merupakan karya terakhir saya pada tahun itu kerana karya ini siap 2-3 hari sebelum tahun 2013. karya ini bertemakan empati. empati yangs aya maksudkan di sini merupakan rasa sebak dan sedih yang saya sendiri alami melihat rakyat palestin dizalimi oleh rejim zionis. oleh itu, saya menghasilkan karya khas untuk negara palestin yang tercinta.


Tajuk : Freedom For Palestine
Tahun : 2012

Karya di bawah pula mennujukan flora iaitu teratai yang dipandang dari atas secara visualya. karya ini dinamakan teratai II kerana aku telah menghasilkan karya teratai I pada tahun 2011.jadi insyaAllah teratai III akan dibuat pada tahun 2013 pula..:-) karya ini saya buat sebelum saya balik ke tempat saya menuntut ilmu. oleh kerana masa masih lapang pada masa itu, saya menghasilkan karya ini. karya ini bermula saya buat 2 hari terakhir 2012 dan siap pada tahun 2013. oleh itu ini merupakan karya 2013 pertama aku.


Tajuk Karya : Teratai II
Tahun : 2013


Gambar di bawah ni merupakan tempat aku berkarya. agak semak, tetapi itulah realiti seni.media yang aku gunakan Poster Colour je. sebab tempat aku ni susah nak vari media akrilik dan cat minyak, jadi gunalah apa yang ada.


 Easel pertama buatan tangan sendiri. agak kukuh, dibuat dari bahan terbuang.


 Kanvas putih yang telah dilakarkan rangka karya pertama iaitu Rumahku


Kanvas untuk karya abstak My Hobby telahpun siap dicat warna putih



Gambar-gambar dibawah merupakan geleri seni mini yang aku buat di rumahku. geleri ini belum lagi
siap kerana sebahagian karya ku tertinggal di Sarawak. 



Sekian sahaja untuk entri pada kali ini. diharap pengisian masa lapang dimanfaatkan sepenuhnya bersama.. selamat beristirehat!  :-)

Popular Posts