Umat Islam Tidak Boleh Menyambut Valentine's Day

Asalamualaikum dan salam 1 Malaysia,



Bulan Febuari meruapakan suatu bulan yang ditunggu-tunggu oleh para remaja. tidak kira remaja itu berada di pelusuk dunia mana pun, bulan ini amat isitmewa bagi mereka. (kononlah).  perayaan 14 febuari iaitu valentine day adalah sambutan yang kita tidak boleh sambut. Rntri hari ini saya akan kongsikan serba sedikit tentang beberapa sejarah dan fakta apa yang berlaku pada 14 febuari ini, sebelum itu, saya akan menceritakan serba sedikit pengenalan perkataan VALENTINE itu,

Nama Sebenar :saint Valentine`s Day
Nama yang diringkaskan :Valentine`s Day. 
Nama dari Sweden : Alla hjärtans dag "Hari Semua Jantung (Hati)", 
Nama Dari Findland  : Ystävänpäivä (Hari Persahabatan)
 Di Malaysia : Hari Kekasih
Apabial dikaji dan dinilai, kita dapat lihat bahawa Valentine's Day ini tidak ada kena mengena dengan sambutan hari kekasih. perayaan ini lebih kepada tokoh2 yang memperjuangkan dan rasa cinta atas perjuangan. namun, para remaja sekarang tidak tahu apa yang ada pada 14 febuari ini. 
Valentine`s Day adalah suatu hari yang disambut pada 14 febuari oleh sesetengah masyarakat dunia sebagai memperingati tokoh-tokoh kristian. Setelah kematian beberapa pahlawan kristian yang bernama Saint Valentine, perayaan ini mula dirayakan oleh Pope Gelasius pada tahun 496.  Pada zaman dahulu, perayaan ini disambut dengan meluahkan cintanya antara satu sama lain dengan cara menghadiahkan bunga, gula-gula atau coklat, dan menghantar kad ucapan yang dikenali sebagai (Valentines). namun, pada zaman sekarang, sembutan ini menjadi lebih teruk karana disalahgunakan sehinggakan pergaulan bebas seperti bercumbuhan dan juga seks bebas.
Di sini, saya akan kongsikan kepada anda kenapa kita sebagai umat islam tidak boleh menyambut hari kekasih ini,
FAKTA PERTAMA :Valentine’s Day bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.
FAKTA KEDUA :Dalam lagenda Greek pula, Eros telah jatuh cinta kepada Psyche  di Gunung Helion. Kemudiannya, dibina sebuah kuil di gunung tersebut sebagai menghormati mereka berdua. Sebelum Psyche dilahirkan, Aphrodite, emak Eros telah memberi sumpahan kepada bapa Psyche`s  kerana merendah-rendahkan kecantikannya diseluruh Athens. Dia membiarkan anak perempuannya hidup tanpa cinta. Beberapa tahun kemudian, Eros mengembara dengan ikan lumba-lumba untuk memimpin dua bintang cinta bersilang, Pyramus dan Thisbe. Tiba-tiba ribut kilat telah menimpanya dan membawanya ke kaki gunug Helion. Pada paginya, Psyche telah  berjalan dipantai. Desiran langkah kaki Psyche telah membangunkan Eros, lantas Eros jatuh cinta kepadanya. Aphridite amat marah apabila mengetahui anaknya tidak melaksanakan sumpahnya, lantas dia menyuruh kekasihnya Ares menikam Psyche dengan tombak. 14 Februari adalah hari kematian Psyche, dan Eros berjanji tidak akan bercinta lagi, serta akan menyebarkan cinta keseluruh dunia.
FAKTA KETIGA : Valentine’s Day diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.
FAKTA KETEMPAT : sambutan 14 febuari ini bertujuan bagi memperingati St. Valentine bagi simbol ketabahan kerana menkhawinkan orang-orang kristian secara rahsia. Pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pergaduhan dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. 
Oleh itu, kita sebagai Umat islam tidak boleh merayakan hari seperti ini. Sebagai umat islam, rasa cinta itu kita boleh luahkan melalui satu cara yang berlandaskan syariat iaitu PERKHAWINAN. Namun sebagai rakyat malaysia, kita kena menghormati budaya dan agama orang lain kerana itu merupakan tonggak perpaduan cuma kita tidak boleh mengikuti jejak yang mempesongkan dari akidah yang kita sedia ada. sekian sahaja dari perkongsian saya pada hari ini.. :-D
...Say No To Valentine's...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Hot Wheels Paling Terhad di Dunia (Top 10 Limited / Rarest Hot Wheels in the World!

Biodata Pemegang Rekod Dunia Rubik's Cube Feliks Zemdegs (biography of feliks zemdegs)

Apa itu Error dalam Hot wheels? "what is Error in Hot Wheels?"