Biodata Pemegang Rekod Dunia Rubik's Cube Feliks Zemdegs (biography of feliks zemdegs)

Asalamualaikum dan Salam 1 malaysia,
Entri kali ini mengenai rubik's cube. kali ini saya ingin kongsikan kepada anda tentang seseorang boleh dikatakan "lagenda muda". kenapa dipanggil lagenda muda? ini kerana umurbaru berusia 18 tahun sudah memegang beberapa Rekod Dunia Cube. Beliau akan menghadiri di mana-mana sahaja pertandingan yang dibuat bagi mengekalkan identiti dan rekod beliau.


Sedikit sejarah tenang beliau, beliau begitu kagum dan terpesona melihat video-video tutorial Rubik's Cube dalam laman sesawang.belaiu begitu tertarik dengan video ytutorial rubik's cube yang dibuat oleh Dan Brown yang bertajuk "how to solve rubik's cube" dimana saya sendiri (admin blog ini) belajar menyelesaikan rubik's cube dari video tersebut yang telah ditonton lebih dari belasan juta orang. ditambah lagi, video pada link ini membuatkan diri belau tercabar kerana kanak-kanak seusia 3 tahun dapat menyelesaikan rubiks cube kurang dari 2 minit, 
(   http://www.youtube.com/watch?v=tSqUcrFJ498  ) 
pertama kali beliau membeli rubik's cube pada april 2008. dalam masa 2 bulan, beliau mendapat rekod tidak rasmi iaitu 18.73 saat pada 14 jun 2008.


Setakat ini, beliau menggunkan cara penyelesaian yang popular iaitu teknik Fredich untuk menyelesaikan 3x3x3 cube dan mengunakan teknik CLL untuk menyelsaikan 2x2x2 cube. Pertandingan pertama yang belau menang dalam New Zealand Championship 2009 ialah 3x3x3 rubiks cube dengan cacatan 13.74 saat dalam pusingan terakhir. beliau juga memenangi 2x2x2,4x4x4,5x5x5,3x3x3 secara menutup mata, dan 3x3x3 menggunakan 1 tangan sahaja.

pertandingan seterusnya, di negera beliau sendiri, Melbourne Summer Open 2010, beliau mencatatkan 10 Rekod Rasmi Dunia terbaik iaitu 3x3x3 rubiks cube dengan cacatan 9.21 saat dan 4x4x4 dengan cacatan 42.01 saat sehinggakan media-media tempatan Australia menemuramah beliau pada waktu tersebut.

 sehingga hari ini, beliau berjaya menandingi pemegang rekod dunia dahulu,erik akkersdijk dengan cacatan 7.08, dimana rekod feliks Zemdegs ialah 7.03 saat. pada tahun 2010, belau berjaya mencatat masa kurang dari 7 saat iaitu 6.77 saat.pada tahun 2011, beliau berjaya mencatat maa terpantas di dunia iaitu 5.66 saat dan rekod ini tercatat sehingga sekarang.

di bawah ini  merupakan sedikit biodata beliau,

Nama : Feliks Zemdegs
Nama samaran : Latvian 
Negara : Melbourne, Australia. 
Tarikh lahir : 20 disember 1995. 
Senarai Rekod Dunia yang dipegang :
3x3x3 Rubik's Cube : 5.66 saat
4x4x4 cube :  26.75 saat
5x5x5 cube : 51.09 saat

ini merupakan purata terbaik rubiks cube 3x3x3 beliau,
pertama : 7.03 saat
kedua : 8.11 saat
ketiga : 8.36 saat
Keempat (REKOD) : 5.66 saat
Kelima : 7.78 saat
PURATA : 7.64 saat

Setakat itu sahaj entri pada hari ini,diharap informasi yang saya berikan dapat membri anda sedikit pengetahuan tentang lagenda muda ini. Happy Speedcubing! :-D


Sumber Rekod :
http://www.worldcubassociation.org/
Sumber Media :
www.youtube.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Hot Wheels Paling Terhad di Dunia (Top 10 Limited / Rarest Hot Wheels in the World!

Apa itu Error dalam Hot wheels? "what is Error in Hot Wheels?"