Treasure Hunt Hotwheels 2013 ke-9 (Custom '77 Dodge Van)

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Entri pada kali ini berkenaan dengan berita Hotwheels terbaru. Mattel telah mengeluarkan satu model Treasure Hunt 2013 iaitu  untuk pengetahuan semua, model ini telah dikeluarkan dan mula dipasaran di dalam case/kotak J. wave model ini telah mula berada di pasaran malaysia dan boleh didapati dalam masa terdekat.

Model TH 2013 ke-9 : Custom '77 Dodge van
sumber :facebook/HWCM

Melalui gambar di atas, kita dapat nilai bahawa ini model yang amat menarik dan lebih menarik dari model-model TH 2013 yang Mattel keluarkan sebelum ini. model ini didalam klasifikasi HW City. Model ini juga berwarnakan hitam, besertakan tampo graviti custom bewarna kuning, kuning kecoklatan,putih dan hijau muda.tayar model ini berwarna kuning dan sedikit warna hijau kilat pada rim.

Gambar di bawah pula merupakan gambar beberapa Model HW dalam kotak yang sama iaitu J. kotak/case J banyak mengeluarkan model yang mempunyai tulisan graviti pada badan model.


Untuk mengetahui model-model senarai Treasure Hunt 2013 yang lain, sila pergi pada pautan ini,

Senarai Hotwheels Treasure Hunt 2013
Treasure Hunt ke-8 (Prototype)


Sekian itu sahaja pada entri pada kali ini. diharap kita sama-sama menjumpai model TH terbaru ini di pasaran. selamat memeburu kereta kecil! :-D

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Hot Wheels Paling Terhad di Dunia (Top 10 Limited / Rarest Hot Wheels in the World!

Biodata Pemegang Rekod Dunia Rubik's Cube Feliks Zemdegs (biography of feliks zemdegs)

Apa itu Error dalam Hot wheels? "what is Error in Hot Wheels?"