Super Treasure Hunt 2013 ke-12 ( '67 Camaro ) The 12th Hotwheels Super Treasure Hunt

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

kita sudah menghampiri pertengahan bulan mac, sudah 12 daripada 15 model $TH telah pun diketahui secara release ataupun unrelease. model kali ini amat menarik. satu ciri istimewanya ialah bonet/hood depan boleh dibuka. kita lihat gambar dan ciri-ciri model ini,


Nama : 67 Camaro
Sumber : sendiri

Model ini bewarna hitam mettalic,merupakan model muscle yang diminati ramai. Terdapat empat garis putih pada bahagian bonet depan model, atas kereta mempunyai tampo logo eletrik. bahagian sisi modle pula terdapat dua garis putih dan merah beserta tampo summit. logo TH terlekat pada bahagian belakang sisi model. istimewanya model ini ialah bahgian bonet depan boleh dibuka sekaligus menampakkan engin model tersebut. dibwah merupaakn sedikit gambar bahagian-bahagian model ini.





Gambar di sebelah merupakan gambar model 67 camaro carded dan loose. apabila masih carded, kita tidak dapat menyentuhnya dan apabila loose, kita boleh menyentuh model.










Bahagian depan model, dimana besi bahagian bawah kereta menjadi penutup bahagian depan.











Bahagian belakang pula mencerminkan model muscle ini mempunyai tayar yang besar dan menarik perhatian saya.








Gambar di sebelah pula merupakan bahagian bawah model, di mana tapak model ini diperbuat daripaa besi, tertulis dua tahun yang berbeza, 1982 dan 2012. yang membanggakan saya ialah, MADE IN MALAYSIA biarpun bukan model kereta dari tanah air sendiri.









Logo TH terpampang pada bahgian tepi belakang model dengan rim tayar yang berkilat. 










Gambar close-up ini menunjukkan bahagian enjin model. enjin ini akan lebih nampak menarik jika di touch-up lagi.




Ini pula gambar berfokuskan pada tampo kerata, tulisan summit dan logo hotwheels terpampang pada kereta.








Pandangan dari atas, kelihatan tampo eletrik serta garis bonet.








Gambar sisi menunjukkan tayar dan bahagian sisi depan kereta.












Gambar terakhir ini merupakan gambar loose dan carded.






untuk mengetahui senarai-senarai $uper Treasure Hunt 2013 sebelum ini, sila melayari pautan/link di bawah,

Senarai $uper Treasure Hunt 2013 (1-9)
Super Treasure Hunt 2013 ke-10, '72 Ford Ranchero
Super Treasure Hunt 2013 ke-11 (69 Camaro)

Setakat itu sahaja entri pada hari ini, diharap keluaran $TH pada kali ini menarik perhatian semua. selamat memburu kereta kecil! :-D

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Hot Wheels Paling Terhad di Dunia (Top 10 Limited / Rarest Hot Wheels in the World!

Biodata Pemegang Rekod Dunia Rubik's Cube Feliks Zemdegs (biography of feliks zemdegs)

Apa itu Error dalam Hot wheels? "what is Error in Hot Wheels?"