Cir-ciri $uper TH-10 (Ford Ranchero) Hotwheels 2013
Assalamualaikum dan salam 1 malaysia,
Setelah lama tidak mengemas kini blog ,entri pada kali ini pula berkaitan dengan penggambaran sebiji lagi $TH lagi iaitu Ford Ranchero. memandangakn model ini belum keluar lagi, saya mengharapkan pihak "mattel" tidak membaca blog ini.. :-D Sebelum memulakan sedikit penerangan satu per satu gambar, saya akan memberikan sedikit informasi tentang model ini,
Nama Model : 72 Ford Ranchero
Klasifikasi : HW Showroom 2013
Tahun pengeluaran pertama : 2009
Tahun pengeluaran $uper TH : 2013
Warna : Ungu Gelap, tampo putih,ungu muda dan merah jambu, logo TH
Warna/ciri model normal : ungu muda, tiada logo TH, tayar dan rim pelastik
Dibawah merupakan sedikit gambar carded dan loose dalam posisi yang berbeza model ini,
Gambar di sebelah merupakan gambar Ford Ranchero dakam carded dan loose. kelihatan tayar getah berkilat..
Gambar loose di sebelah merupakan gambar Ford Ranchero dari tepi kiri model tersebut.
Di sebelah merupakan gambar model dari atas dan bawah, dari atas kelihatan tampo putih, dan ungu muda pada bonet kereta, dan dari bawah pula kelihatan tapak diperbuat daripada besi.
Pandangan depan model. kelihatan bonet model ber'tampo'kan garis ungu muda,putih dan merah jambu, disertakan dengan lampu dan bahagian depan kereta diperbuat daripada besi kilat. bahagian dalam kereta bewarna kelabu, diperbuat daripada pelastik
Gambar model secara simetri, kiri dan kanan untuk membuat penilaian bahagian sisi model
Setakat itu sahaja entri pada kali ini. diharap dapat membantu anda untk menspesifikasikan model $TH pada kali ini..selamta memburu kereta kecil! :-D
Ulasan
Catat Ulasan