Karya April 2013 (Indah Tapi Bahaya dan AL-Hafiz)

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

kali ini saya ingin kongsikan 2 karya saya yang tidak seberapa. Biasalah baru belajar kan. karya ini siap pada hujung bulan April. dua karya ini merupakan karya Barat dan karya Islam. karya ini dibuat bedasarkan amali semester 1. 

karya pertama :

Tajuk karya ; Indah Tapi Bahaya
Aliran : abstrak (kubisme)
Catan Barat
Tema karya : alam semula jadi.
teknik : Impasto
Maksud Karya : 
Konsep yang saya pegang di sini ialah ekor bulu burung kenyalang. Maksud karya ini adalah keadaan alam sekeliling di Sarawak.  jika kita lihat bumi Sarawak ini begitu indah, namun dicemari dan diperkosa oleh orang yang tidak bertanggungjawab. setiap calitan karya ini besar maknanya. pada baris pertama dari sebelah kiri, terdapat warna biru serta titik putih melambangkan sungai di Sarawak. namun sungai itu dicemari melalui garis hitam di tepinya. pada baris kedua pula, terdapat daun hijau yang ditepinya hitam dan tegahnya hijau muda. saya menggunakan teknik impasto menggunakan pisau palet, bentuk ini melambangkan daun, warnanya melambangkan bahagian tengah daun yang belumdicemari namun pada bahagian tepi, kelihatan kontra dan memberitahu kita bahawa keadaan bumi sarawak mula diancam. Garis ketiga pula medum mineral yang ada di hutan khusunya di Sarawak. di sini saya menggunakan jari untuk mewarnakan bahagian ini. pada bahagian ini,  terdapat warna coklat, emas dan hitam. ini menyampaikan mesej bahawa karya ini melambangkan tanah di sarawak menyimpan pelbagai unsur garam galian yang berharga, titik2 impasto hitam itu melambangkan tanh di sarawak mula dihantui oleh pelbagai gangguan manusia. baris terakhir pula melambangkan bunga-bungaan yang ada di Sarawak yang indah dan lembut, namun, ia telah mula dicemari dan diganggu.  Pada bahagian hitam pada ekor bulu kenyalang, terdapat warna kontra iaitu putih dimana saya ingin menyampaikan mesej bahawa bahagian itu telahpun dicemari dan tidak dapat diselamatkan. Mesej yang saya bawa ini besar dan itu yang saya ingin sampaikan kepada manusia yang ingin memahami karya saya. latar belakang pula diwarnakan dengan calitan merah,kuning dan oren melambangkan darah, dan kesakitan alam flora dan fauna dan kesakitan dari burung kenyalang itu sendiri.

di bawah ini pula karya kedua saya,


Tajuk karya ; AL-Hafiz
Aliran : Seni Islam
Tema karya : alam semula jadi.
teknik : khat kufi
Maksud Karya : 
Maksud karya kedua ini pula iaitu Hafiz=menjaga. di dunia ini kita perlulah menajga apa yang Allah berikan kepada kita. sebagai manusia, itu merupakan tanggungjawab wajib. huruf jawi emas yang di tengah itu bermaksud AL-hafiz iaitu Menjaga. huruf jawi/khat di atas itu pula bermaksud Al-Saama bermaksud langit. kita sebagai manusia perlulah menjaga langit daripada pencemaran seperti jerebu, pencemaran udara dan sebagainya. itulah sebabnya ia bewarna biru. perkataan khat kufi dibawah pula bermaksud Al Ard, bermaksud Bumi. kita sebagai manusia perlulah menjaga dan menjauhi bumi daripada semua unsur pencemaran seperti sampah, sungai, laut, pembalakan dan sebagainya. disebabakan itu khat al-ard ini bewarna hijau melambangkan bumi. keseluruhan perkataan itu menunjukan Menjaga Langit dan Bumi, (Al Hafiz, Al-saama, Al ard). Latar belakang pula saya menggunakan teknik geometri bewarna hijau dan bulat kerana melambangkan bumi,dedaun dan sebagainya yang dapat menyampaikan mesej flora yang ada di hutan di bumi ini.


gambar di bawah merupakan proses kedua-dua karya ini,




 



Gambar di bawah merupakan sebagahagain sedutan dari karya saya dan gambar ini diambil semasa proses penilaian karya yang dibuat oleh pensyarah luar.








Sekian itu sahaja entri pada kali ini. diharap mesej karya yang saya ingin sampaikan sampai untuk kita sama-sama amati...terima kasih...:-)

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Hot Wheels Paling Terhad di Dunia (Top 10 Limited / Rarest Hot Wheels in the World!

Biodata Pemegang Rekod Dunia Rubik's Cube Feliks Zemdegs (biography of feliks zemdegs)

Apa itu Error dalam Hot wheels? "what is Error in Hot Wheels?"