Mozek Rubik's Cube (mosaic Rubik's Cube)

Asalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

entri hari ini berkaitan dengan Rubik's cube. ramai yang mengatakan bahawa rubik's cube ini banyak kaitanya dengan seni. ya!, tepat sekali. rubik's cube mempunyai 6 warna. 6 warna tersebut ialah, putih,kuning,biru,hijau,oren dan juga merah..
apa kaitanya dengan seni??? setiap kali anda men'scramble'kan Rubik's cube anda, anda akan membayangkan suatu objek seni yang dapat kita buat. kita akan dapat membuat Mozek Rubik's Cube dengan cara ini. Jika anda mempunyai Rubik's Cube yang banyak di rumah, anda boleh buat karya mozek rubik's cube ini. cuba lihat gambar di bawah,


Gambar di atas menunjukan seorang pemuda menyusun beberapa rubik's cube dan dijadikan karya.
 cuba lihat mozek rubik's cube di bawah ini,


Dengan 24 biji rubik's cube sahaja anda boleh menghasilkan karya seperti di atas.

beberapa aliran boleh kita buat menggunakan untuk mengahsilkan rubik's cube mozek. diantaranya ialah aliran pop arts, dadaisme dan kiubisme. karya pop arts merupakan karya membuat potret popular. kedua, aliran dadaisme merupakan satu aliran yang memperli karya asal dan membencikan sesuatu yang tidak baik. dan aliran yang terakhir saya bagi iaitu aliran kiubisme merupakan aliran dimana hasil karya kelihatan bergeometri dan bersudut. mari kita lihat karya-karya rubik's cube mozek beserta aliranya,


Tajuk : Ali
Rubik's Cube yang digunakan : 240 buah


Tajuk : Cannadian Rapper Rubik's Cube
Rubik's Cube yang digunakan : 5,024 buah

Kedua-dua gambar diatas menunjukan aliran pop arts.





Tajuk : Mona Lisa 
Jumlah Rubik's Cube yang diguna : 357 biji

 Tajuk : Marilyn Monroe
Jumlah Rubik's Cube Yang diguna : 360 biji


Aliran terakhir pula iaitu kiubism. aliran ini boleh diktirafkan kepada semua karya mozek rubik's cube kerana  terdapat banyak bentuk geometri pada setiap karta-karya mozek ini.

sekarang, saya akan kongsikan mozek rubik's cube yang terbesar/terbanyak di Dunia. gambar di bawah merupakan rekod tertinggi sejak tahun 2012,











Gambar-gambar di atas merupaakn mozek Rubik's Cube Yang terbesar di dunia dan telah meemasuki Guinness Book Of Record.

Tahun Dibuat : 2012
Jumlah Rubik's Cube yang digunakan : 80,940 biji

Sekian sahaja untuk entri pada kali ini, diharap dapat berkongsi bersama apa yang saya tulis untuk pengetahuan bersama.. Happy Speedcubing! :-)

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Hot Wheels Paling Terhad di Dunia (Top 10 Limited / Rarest Hot Wheels in the World!

Biodata Pemegang Rekod Dunia Rubik's Cube Feliks Zemdegs (biography of feliks zemdegs)

Apa itu Error dalam Hot wheels? "what is Error in Hot Wheels?"