Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

My weekend project : Hotwheels Diorama 1:64 (process)

Imej
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, entri hari ini mengenai aktiviti saya pada hujung minggu. ianya berkaitand engan Hotwheels lagi iaitu Diorama. Diorama merupakan suatu keadaan latar/suasana bersekala kecil untuk banyak kegunaan. selalunya diorama digunakan untuk perhiasaan hobi seperti figura,kereta/diecast kecil dan juga benda lain. entri ini akan memberi sedikit sebanyak tentang proses pembikinan diorama ini dari awal hingga akhir. diorama yang saya buat kali ini merupakan kedua kali saya lakukan. Diorama pertama saya buat ketika saya berusia 15 tahun namun sudahpun dimamah usia. Kali ini, saya cuma mangambil masa 2 hari untuk menyiapkan diorama yang ringkas khas untuk perhiasan dan penggambaran Hotwheels. untuk mengetahui hasil akhir diorama ini, sila pergi ke pautan/link di bawah, My Hotwheels Diorama (1:64) ada pelbagai set template skala 1:64 di laman sesawang. set ini merupakan pilihan saya. tebal kertas yang saya gunakan ialah 200gsm Gunting, g...

Disebalik hobi "speedcubing"

Imej
Assalamualaikum dan salam 1 malaysia, Setelah lama tidak menulis entri, kali ini saya ingin kongsikan kepada anda tentang satu hobi yang kian dilupakan oleh sebilangan orang muda. hobi yang saya maksudkan ialah menyelesaikan Rubik's cube. nama lain bagi hobi ini ialah "speedcubing". hobi ini telah lama saya pelajari sejak dari saya tingkatan lima (2009) lagi. pada masa itu, tidak tahu kenapa ramai orang yang yang tergila-gilakan hobi ini. sedangkan Rubik's Cube telah lama ada di dunia ini sejak dari 1980 lagi. APA ITU SPEEDCUBING? Dalam bahasa melayu, speedcubing bermaksud kelajuan dalam sebuah kiub. tiada erti lain yang dapat dikatakan sebab itulah pemain Rubik's cube hanya menggunakan bahasa inggeris. SPEEDCUBING bermaksud kelajuan seseorang menyelesaikan rubik's cube dalam masa yang terpantas. ADAKAH SPEEDCUBING ITU SATU HOBI? Speedcubing boleh dikatakan sebagai satu hobi kerana seseorang individu akan menyelesaikan rubik's ...

ciri-ciri HotWheels $uper Trea$ure Hunt 2013 ('71 Dodge Demon)

Imej
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Alhamdullilah $uper Trea$ure Hunt 2013 telahpuun diketahui semuanya. Entri pada hari ini ialah memberi sudut pandangan melalui foto-foto yang saya ambil. kita boleh lihat $TH yang terakhir ini agak menarik dari segi tampo dan warna model. saya minta maaf kerana semua gambar ni agak kabur dan kurang kualiti kerana saya menggunakan kamera telefon. Nama Model : 1971 Dodge Demon Warna : Biru kilat Tampo : Api putih dan kuning, garis hitam Logo TH : bahagian tepi belakang. Gambar di bawah ni merupakan logo TH. lokasi logo ini adalah pada bahagian belakang tepi model. ala-ala tempat isi minyak la orang katakan..:-)  Ini pula gambar belakang model. tidak ada proses penelitian untuk membuat tampo dan lampu pada bahagian belakang.  Pada bahagian atas, model ini bertampo api kuning dan putih,dan dua garis hitam pada bahagian bonet model.  Bahagian depan model, tampo pada bonet je...

2013 Hotwheels Treasure Hunt ke-14 (Mazda RX-7)

Imej
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia Entri hari ini mengenai Treasure Hunt ke-14 untuk tahun 2013. hanya tinggal 1 TH yang belum diketahui. TH ke-14 iaitu Mazda RX-7. dibawah ini merupakan gambar model tersebut. sumber gambar : http://japanesenostalgiccar.com Gambar di atas merupakan model TH tersebut. model ini mempunyai logo api pada bahgian sisi behampiran pintu model bewarna biru.  sumber ; http://lamleydlm.blogspot.com model ini bewarna kelabu/silver bertampokan hitam dan dua warna biru. Sekian itu sahaja untuk entri kali ini. selamat memburu kereta kecil! :-)

Perbezaan Hotwheels $uper Trea$ure Hunt Camaro 69' 2012 dan 2013

Imej
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Sudah hampir pertengahan tahun 2013, nampaknya semua $TH telahpun diketahui untuk tahun ini. sebahagian $TH pada tahun ini ada yang sama sepeti tahun lepas. antaranya ialah Camaro 1969.  pada entri kali ini, saya akan membandingkan $uper Treasure Hunt Camaro 69' tahun ini dan juga tahun lalu. (2012 dan 2013). gambar di abwah merupakan kedua-dua model yang sama pada tahun yang berbeza, di sebelah kiri, model ini merupakan $TH untuk tahun 2013 dan di sebelah kiri pula merupakan model $TH 2012.  bahagian depan model. warna kedua-dua model adalah berbeza. camaro $TH 2012 bewarna hitam dan bergaris merah dan $TH 2013 bewarna merah bergaris putih.  Bahagian tepi model. kedua dua model menggunakan jenis tayar getah yang sama. namun model camaro $TH 2012 mempunyai garis merah pada bahagian tepi tayar. bahagian siss belakang model mempunyai logo TH. Bahagia dalaman pula bagi camaro $TH 201...